Seringkali kita membaca atau mendengar keluhan para pelajar khususnya murid sekolah rendah yang tidak sarapan pagi sebelum memulakan pengajian di sekolah.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Masalah ini nampaknya bakal diselesaikan menjelang 2020 oleh Kemeterian Pelajaran Malaysia apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan program sarapan percuma buat kesemua pelajar sekolah rendah.

Program ini diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari. Program ini juga secara tidak langsung berpeluang mengajar para pelajar mengenai pemakanan yang seimbang.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma. Pengenalan program ini juga bakal membuatkan para pelajar hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan dan semangat ulas Dr Maszlee Malik.

Sebuah usaha yang menarik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Diharap program ini dapat berjalan dengan lancar bagi memastikan para pelajar memperoleh sarapan yang seimbang sebelum memulakan program pengajian di sekolah.