Mulai 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=b5dcvpJZT7Y&feature=emb_title

Slot tambahan ini melibatkan dua (2) jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah lima (5) jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

“Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7,” menurut KPM.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM, iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

“KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan dapat dimanfaatkan murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan.

“KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah PdPR, termasuk program TV Pendidikan,” katanya.

Ini pula cabaran yang perlu dihadapi KPM bagi menghadapi pandemik COVID-19 sejak tahun lalu. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia Hadapi Cabaran COVID-19 Dengan Penuh Profesional