Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini mengumumkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini susulan situasi terkini penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau bagaimanapun menjelaskan pembatalan kedua-dua ujian itu tidak akan menjelaskan penilaian terhadap penguasaan murid bagi kedua-kedua peringkat terutamanya pelajar di peringkat menengah rendah yang memerlukan keputusan PT3 untuk memutuskan aliran yang bakal diambil mereka nanti.

“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah.

“Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

Manakala bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula menurut beliau akan ditunda ke suku pertama sesi persekolahan pada 2021.

Untuk peperiksaan semester pelajar yang menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula, pihak kementerian membuat untuk mengubah tarikh peperiksaan semester kedua ke Ogos 2020 dan semester ketiga pula akan diadakan pada suku pertama persekolahan 2021.

Selain itu, kemasukan pelajar baru ke institusi pengajian juga akan ditangguhkan manakala sesi persekolahan pula akan kembali dibuka selepas kerajaan betul-betul yakin dengan keselamatan dan kesihatan murid.

Bagi anda yang masih tercari-cari kedai buku yang beroperasi sepanjang PKP ini, apa kata baca perkongsian kami sebelum ini untuk mengetahui senarai lengkap bagi mendapatkan bekalan buku buat anda dan seisi keluarga. 

Ini Senarai Kedai Buku Yang Buka Secara ‘Online’ Sepanjang Tempoh PKP

10 Buku Terkenal Di Dunia Kini Boleh Didapati Dalam Bahasa Melayu

 

Sumber