Seperti semua sedia maklum, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, atau PTPTN ialah sebuah badan yang menyediakan pinjaman untuk tujuan pendidikan dan ia perlu dibayar balik dengan faedah minimum kecuali pinjaman itu telah ditukar kepada biasiswa mengikut situasi tertentu.

Seramai 375,925 peminjam pinjaman pengajian tinggi PTPTN tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik umum Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata kerajaan masih belum memutuskan sama ada untuk memperkenalkan semula pengharaman perjalanan ke luar negara yang pernah dilaksanakan sebelum ini ke atas peminjam bagi meningkatkan kadar bayaran balik pinjaman PTPTN tersebut.

Sumber:RoketKini

Ujar beliau, purata di antara RM 3.7 bilion kepada RM 4.3 bilion diperlukan untuk memberi pinjaman kepada 180,000 peminjam baru dan 420,000 yang sedia ada.

Beliau juga menambah bahawa sehingga September tahun ini, sejumlah RM 72.1 bilion pinjaman telah diluluskan kepada tiga juta Peminjam, di mana RM 36.5 bilion adalah untuk pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala RM 35.5 bilion lagi adalah bagi mereka yang institut pengajian tinggi swasta (IPTS) .

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa tiada sekatan imigresen buat peminjam PTPTN. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tangguh Bayaran PTPTN, Tiada Lagi Sekatan Imigresen

PTPTN Mungkin Perkenalkan Semula Sekatan Ke Luar Negara

Bagaimana Rancangan Percutian Saya Musnah Gara-Gara PTPTN