Aplikasi Bondee berjaya meraih populariti pada bulan lalu kerana menawarkan tempat  virutal untuk berkomunikasi dengan karakter yang comel. Siapa sangka selain digunakan untuk bersosial dalam dunia maya, ia juga boleh dijadikan sebagai medium untuk memghebahkan sesuatu perkara atau pengumuman?

Sebuah hantaran video TikTok menerusi akaun rasmi RTM Malaysia telah mencuri perhatian pengguna internet selepas menggunakan aplikasi Bondee untuk membuat pengumuman mereka. Dengan pendekatan ini, ia dilihat berjaya menyampaikan pengumuman dengan gaya yang lebih santai dan mudah difahami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@radiotelevisyenmalaysia

Siaran penuh sidang Parlimen di Berita RTM yeah!! 🤘🏻Pagi, petang sampai selesai 😉 #Parlimen #RTMKlik #RTMMalaysia #RTMParlimen #BeritaRTM #Bondee

♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML

Kombinasi animasi comel lalu ditambah dengan muzik yang trending dan paparan teks yang jelas sekaligus dapat memyampaikan informasi dengan lebih efektif. Transformasi cara penyampaian maklumat seperti ini telah memperlihatkan lebih banyak pengamal media turut mengikuti peredaran semasa.

Setakat ini, video yang berdurasi 24 saat itu telah menerima jumlah tontonan sekitar 122,900 serta likes 15,300 dan juga sejumlah komen positif menerusinya.

Sumber Gambar: TikTok @RTM Malaysia
Sumber Gambar: TikTok @RTM Malaysia

Rata-ratanya pengguna kagum melihat kreativiti pihak RTM untuk menyampaikan pengumuman dengan cara yang unik iaitu menggunakan aplikasi Bondee. Dek kerana mengikuti trend semasa, ramai yang berminat untuk mengikuti akaun rasmi TikTok RTM Malaysia itu.