Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini ada individu yang serlahkan kreativiti hasilkan potret dengan rubic cube, kali ini ada yang tonjolkan kreativitinya dengan menggunakan sehelai daun.

Pengguna TikTok @hafizi_eiji telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya ukir potret Tun Mahathir di sehelai daun. Nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kesabaran serta daya kreativiti tinggi untuk menghasilkan karya seperti itu.

@hafizi_eiji

Reply to @thiszz6 #tundrmahathirmohammad #ukirandaun #eijiartstudio #pakarbedahdaun #leafartwork #fypシ #leafphotography

♬ INDUSTRY BABY – Lil Nas X & Jack Harlow

Difahamkan, Hafizi mengukir potret Tun Mahathir atas permintaan pengikutnya di TikTok. Hasilnya cukup memukau para netizen dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian.

Malah, para netizen turut berasa kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Hafizi dan mengatakan bukan mudah untuk mengukir pada daun. Tidak hanya itu, rata-rata netizen berharap Hafizi akan terus menghasilkan karya-karya seperti ini.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan mendapat 60 ribu tanda suka.

Sementara itu, apa kata anda lihat hasil potret menggunakan rubic cube pada pada pautan di bawah ini.

Hasilkan Potret Shuib Dan Siti Sarah Guna 400 Buah ‘Rubik Cube’, Kreativiti Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Bukan Sekadar Bungkusan Makanan, Lihat Gaya Kreatif Army Abadikan BTS Meal

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup

Anda Mungkin Suka