Baru-baru ini didedahkan bahawa DUN Sabah meluluskan dua Rang Undang-undang untuk menaikkan gaji gabenor, menteri, eksekutif, dan wakil rakyat mulai 1 Mac tahun ini.

Difahamkan bahawa kenaikan gaji baharu ini akan meningkat sebanyak 40% dan bakal menelan belanja kerajaan negeri sebanyak RM5.6 juta setahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rang Undang-undang kedua pula bakal meningkatkan imbuhan bagi anggota pentadbiran dan wakil rakyat.

Menurut Berita Harian, dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033; Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50); Menteri RM16,335 (RM22,869); Speaker DUN RM16,335 (RM22,869); Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787); Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787); ADUN RM7,950 (RM11,130); dan Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623).

Untuk rekod, difahamkan bahawa kali terakhir pindaan gaji adalah pada 2015, yang menyaksikan kenaikan 50%; sebelum itu, pada tahun 2009, gaji meningkat sehingga 60%.

Hajiji berkata bahawa semakan gaji itu bermula semasa pentadbiran Barisan Nasional dan mempertimbangkan keadaan semasa kawasan Sabah yang luas dan cabaran lain.

Katanya, beliau sedar tentang persepsi negatif berkenaan kenaikan gaji menteri tetapi berkata negeri memerlukan dasar yang baik untuk membantu rakyatnya dan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kita faham rakyat akan bercakap kenapa (naikkan saraan) dalam keadaan sekarang masanya tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat dan anggota kerajaan beri khidmat lebih baik untuk rakyat, kerajaan punya dasar baik supaya taraf hidup rakyat ditingkatkan,” katanya.

Walaupun rang undang-undang itu diluluskan, ia tidak sebulat suara kerana ADUN pembangkang menentang kenaikan itu ditengah-tengah krisis kos sara hidup.

Elaun pengerusi FELDA naik kepada RM480,000 ditengah-tengah isu subsidi minyak dimansuhkan? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Elaun Pengerusi FELDA Naik Kepada RM480,000 Ditengah-Tengah Isu Subsidi Minyak Dimansuhkan?