Seperti yang kita sedia maklum, krisis FTX telah memberikan impak yang besar terhadap pasaran kripto. Malah, sebahagian token di bawah FTX juga mengalami penyusutan nilai yang tinggi sehingga memyebabkan sejumlah pelabur mula menjual kriptowang yang dimiliki menerusi platform tersebut.

Berikutan krisis FTX yang melanda, Michael Saylor selaku Pengerusi Eksekutif MicroStrategy dan juga penyokong tegar Bitcoin kini menyatakan sangat yakin bahawa kriptowang utama global iaitu Bitcoin bakal menjadi juara dan kekal relevan dalam jangka masa panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TheStreet

Hal ini berikutan kerana kejadian tersebut dikatakan dapat menghapuskan beribu aset digital yang tidak bermanfaat dan hanya kriptowang yang berpotensi dan bermanfaat sahaja yang terus kekal di dalam pasaran kripto yang cukup mencabar ini.

Menurut Saylor, pelaksanaan peraturan yang lebih teliti dalam pasaran kripto dapat dipercepatkan lagi jika kejadian FTX itu masih berterusan. Difahamkan bahawa keruntuhan FTX adalah disebabkan kekurangan ketelusan syarikat tersebut dan turut dipenuhi sejumlah hutang beban hutang yang belum dilangsaikan.

Sumber Gambar: Aier

Menerusi ramalan beliau, Bitcoin bakal meningkatkan pembangunan serta harganya sejurus selepas syarikat terkemuka dan pemain besar berpusu-pusu menyertai ekosistem Bitcoin dalam tempoh terdekat ini. Malah, beliau sangat yakin dengan nilai Bitcoin yang akan meningkat drastik meskipun pasaran kripto yang tidak menentu.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan Bitcoin bakal menjadi alat kewangan yang lebih berpotensi daripada emas dan meramalkan ia mampu menembusi zon harga RM4.5 juta dalam beberapa tahun lagi. Penyokong tegar Bitcoin lain juga berpendapat sedemikian dan sabar menunggu perkara tersebut menjadi kenyataan.

Sumber