Sedia maklum bahawa satu kebakaran telah berlaku di Australia dan dikhabarkan hampir 500 juta haiwan mati disebabkan perkara tersebut. Malah, pihak bomba turut bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran.

Difahamkan, kebakaran yang makin marak itu berlaku sejak bulan Ogos yang lalu dan keadaan di sana cukup membimbangkan. Berikutan usaha yang tidak putus-putus oleh pihak bomba, sebanyak 36,000 botol air telah didermakan oleh sekumpulan Muslim di sana.

a-woman-watching-tv
HYPE
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga
Baca lagi →
BeFunky-collage-6

Sumber: Facebook St Georges Basin Brigade

Untuk pengetahuan anda, syarikat Synergy telah membeli air minuman tersebut dan bantuan air telah dihantar oleh beberapa orang pekerja daripada Synergy Scaffolding Services menggunakan truck ke NSW’s Shoalhaven dari Sydney pada Jumaat yang lalu.

Perjalanan sejauh 200KM dari Sydney ke sana semata-mata ingin menghantar bantuan mendapat pujian ramai pihak. Malah, semalam dikhabarkan hujan turun membasahi kawasan kebakaran dan pastinya ia satu petanda yang baik untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.

Diharap kebakaran akan berjaya dibendung sepenuhnya tidak lama lagi. Sebut sahaja Australia, terdapat destinasi menarik yang berada di sana. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui tip dan itinerari ke sana.

7 Tip Rujukan Buat Anda Yang Mahu Travel Ke Melbourne, Australia

3 Persediaan Travel Sendiri Dan Itinerari 4 Hari 3 Malam Di Melbourne, Australia

10 Tip Travel Dengan Keluarga Di Gold Coast Australia Tanpa Pemandu Pelancong

Anda Mungkin Suka