Kerajaan British di bawah pimpinan Boris Johnson akhirnya runtuh selepas perdana menteri itu bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai pemimpin nombor satu United Kingdom. Keputusan ini selaras dengan keputusan beliau meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif British.

“Sekarang jelas keinginan Parti Konservatif parlimen bahawa mesti ada pemimpin baru parti dan oleh itu perdana menteri baru,” katanya yang disiarkan secara langsung oleh BBC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang diketahui, Johnson dipilih sebagai PM kerana beliau merupakan ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum. Inilah yang menyebabkan beliau dilantik sebagai PM oleh Ratu.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Segala huru-hara ini terjadi melibatkan ahli parlimen penuh kontroversi, yang merupakan sekutu Johnson dalam Parti Konservatif British iaitu Chris Pincher. Pincher sebelum ini dilantik oleh Johnson ke jawatan utama Timbalan Ketua Whip. Dimana antara tugas beliau adalah mengawal wang yang diperoleh parti.

Pincher minggu lalu telah digangung kerja dan kini disiasat oleh badan pemerhati parlimen berhubung dakwaan gangguan seksual selepas meraba dua lelaki mabuk ketika menghadiri acara di Conservative Friends of Cyprus, organisasi sukarelawan Parti Konservatif UK.

Selain itu, satu laporan penderaan turut dimaklumkan kepada parlimen yang kemudian melaporkannya kepada Chris Heaton-Harris, setiausaha parlimen. Pincher akhirnya memutuskan untuk meletakkan jawatan dan mengaku dalam keadaan mabuk ketika kejadian tersebut.

Disebabkan kejadian ini, Johnson turut menerima tempiasnya. Ini selepas orang mula mengungkit bahawa Johnson, sejak 2019, sudah dimaklumkan dengan aduan mengenai tingkah laku Pincher oleh jurucakap pejabat dan kediaman PM UK. Tambahan daripada itu, Pincher turut mempunyai beberapa kes dan pertuduhan sejak 2017.

“Saya memohon maaf kepada semua orang yang sangat terkesan dengannya,” kata Johnson dalam siaran televisyen Selasa mengakui kesilapan beliau. “Saya hanya ingin menjelaskan bahawa tidak ada tempat dalam kerajaan ini untuk sesiapa sahaja yang menjadi pemangsa atau yang menyalahgunakan kedudukan mereka,” tulis The Guardian.

Selain itu, siri peletakan jawatan beberapa menteri di dalam kabinet Johnson turut menjejaskan kedudukannya. Ia bermula selepas Rishi Sunak yang memegang jawatan menteri kewangan dan Sajid Javid yang memegang jawatan menteri kesihatan melepaskan jawatan mereka disebabkan tidak percaya lagi dengan keupayaan Johnson untuk menjalankan tugasnya.

“Dengan penuh kesalan saya mesti memaklumkan kepada anda bahawa saya tidak boleh lagi, dalam hati nurani yang baik, terus berkhidmat dalam kerajaan ini,” kata Javid dalam surat kepada Johnson.

“Rakyat sepatutnya mengharapkan kerajaan berjalan dengan baik, cekap dan serius… Saya sedar ini mungkin tugas menteri terakhir saya, tetapi saya percaya piawaian ini patut diperjuangkan dan itulah sebabnya saya meletak jawatan,” kata Sunak.

Kejadian siri peletakan jawatan ini lalu merebak kepada beberapa menteri yang lain. Ini termasuk Menteri Kanak-kanak dan Keluarga Will Quince dan Setiausaha Alam Sekitar Jo Churchill, yang meletak jawatan. Sehingga Khamis sebelum Johnson memutuskan untuk melepaskan jawatannya, 53 menteri dan pegawai kerajaannya telah meletak jawatan dengan alasan tidak percaya lagi dengan ketelusan dan keterbukaan kepimpinan Johnson.

Nama stadium di Kedah curi perhatian dunia tampil di akhbar United Kingdom. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Nama Stadium Di Kedah Curi Perhatian Dunia, Tampil Di Akhbar United Kingdom

Media United Kingdom Bongkar Aktiviti Rakyat Malaysia Jual Organ Secara Haram

Kenali Charles Ingram, Lelaki Yang Menipu Untuk Menang ‘Who Wants To Be A Millionaire’