Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari lepas aku ada berbual panjang dengan seorang kawan. Kawan ini aku dah kenal lebih kurang 16 tahun masa aku mula kerja di KLCC. Selain kerja hakiki, dia memang aktif dengan aktiviti NGO rajin tolong orang sana sini.

Lepas aku letak jawatan tahun 2013 aku tak jumpa dia dah. Jumpa di Facebook atau kadang-kadang berborak di aplikasi Whatsapp. Tapi hari itu dia Whatsapp aku dan beritahu nak ceritakan sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan ini ialah cerita kebenaran tentang Bella anak SD yang teruk kena dera – masa ini isu Bella baru dapat momentum di media sosial. Aku balas cakap ok boleh telefon aku bila-bila masa kau kalau free, aku bersedia.

Tak lama lepas itu telefon aku berbunyi dan lepas borak ringan kawan aku mulakan cerita mengenai isu terbabit;

Di sini aku tulis dalam point form supaya lebih mudah untuk faham.

Tip of Iceberg – Kronologi Kes

1. “Aku pergi kondo rumah sewa Bainun cari Bella. Bila aku tahu Bainun kena Covid dan kena hantar ke Sungai Buluh, aku jadi pelik sebab budak-budak yang 5-6 orang di kondo itu termasuk Bella macam mana? Tak test Covid ke? Aku dah lama tak jumpa Bella last jumpa awal tahun ini.

“Bila aku nak jumpa Bella, Bainun akan mengelak bagi alasan macam-macam. Aku pun hairan, Bainun ini dah macam adik aku tapi kenapa dia macam nak tak nak aku jumpa Bella? So now Bainun dah ke Sungai Buluh, ini peluang aku jumpa Bella! Tapi macam mana aku nak masuk kondo?”

2. “Aku call adik yang setiap hari provide makan ke kondo, aku cakap aku ada nak bagi makanan. Aku dapat pinjam akses kad. That’s it masa aku sampai depan pintu, aku terus panggil Bella.”

3. “Bella keluar dari bilik stor, muka dia lemah, dari depan pintu aku dah nampak penuh luka bernanah di tangan kanan Bella. Masa ini mata aku dah berair – suspicious aku selama ini jadi kenyataan! Patutlah masa aku jemput birthday party dulu Bella tak datang, patutlah Bainun asyik elak bila aku nak jumpa Bella! Patutlah macam ada something wrong!”

4. “Aku rasionalkan fikiran, walaupun masa ini air mata dah berambu. Aku tahu inilah bukti aku kena simpan untuk hukum si pendera durjana! Ketar tangan aku onkan video telefon, sebak pecah hati remuk emosi aku masa Bella tanggalkan lengan baju tangan kiri tu.

“Astaghfirullahalaziem patutlah dia pakai baju luar, penjenayah nak sorok luka yang punya teruk seluruh badan! Ko boleh dengar suara aku menangis-nangis dalam video, aku tak tahan! Bella yang elok comel beberapa bulan lepas hari ini depan mata aku jadi macam ini, macam binatang kena seksa.”

5. “Orang pertama aku call masa tu Syed Azmi. Dia tak percaya dan minta aku urus sendiri kalau aku yakin itu kes dera. While dia janji nak call JKM immediately. Aku masa itu dengan luluh hati terus bawa Bella ke HKL (Hospital Kuala Lumpur), bayangkan 6 jam aku di HKL nak selesaikan urusan Bella, sampai terketar-ketar kaki. Nurse HKL punya kesiankan Bella dia belikan nasi goreng kasi Bella makan, nasi tu jatuh 2-3 biji luar bungkusan Bella kutip semula ambil makan. Ya Tuhan betapa lapar Bella, dan betapa punya lama dia tak diberi makan yang sempurna. Di HKL pun aku masih menangis. Husband aku datang bawa biskut etc pun habis semua Bella makan, punya lapar dia.

“Paling aku kecewa, Syed Azmi tak return call aku. In fact esoknya aku check dengan JKM ada tak sesiapa buat laporan pasal penderaan di RB? Jawapan pegawai JKM – TIDAK ADA! Dia janji nak call, tapi malang apa pun tak dibuat.”

6. “Aku buat laporan polis. Report yang Scrut viralkan itu aku lah yang buat. Aku dapat tahu cerita dari budak-budak lain, mungkin semua takut bila aku tahu Bella kena dera. Rupanya Bella setiap pukul 6.30 pagi kena berdiri tepi dinding, tak diberi makan. Kalau nampak dia duduk budak-budak lain akan pukul. Ya pendera Bella bukan seorang, tapi hampir semua 5 orang budak-budak yang duduk di kondo Bainun itu terlibat dalam kecelakaan mendera Bella, hari-hari! Bella ni sampai di orang ikat tangan sumbat dalam stor!”

7. “Bella budak baik, budak tak buat masalah, tak kacau orang, tapi kenapa dia kena dera sampai macam itu? Ini bukan setakat dera, ini ATTEMPTED MURDER! Aku akan pastikan semua yang terlibat kena hukum!”

8. “And you guess what? Hari ini (hari yang kami berborak) aku dan Kak Mona terima LOD (Letter of demand) dari peguam Bainun. Dia nak saman kami. Bayangkan aku yang selamatkan Bella yang dah separuh mati kena dera, Kak Mona pula lawan di FB tegakkan kebenaran – sudahnya kami yang nak kena saman. Gila!”

9. “Aku dah contact seorang peguam kawan aku untuk respond LOD tu”

(At this point aku beritahu yang Scrut pun dah sediakan seorang peguam untuk defend.)

10. “Aku masih trauma. Tak dapat tidur malam, in fact dah jadi depression sejak aku jumpa Bella dalam keadaan menyayat hati macam itu.

“Dan kau tahu apa yang paling gila? Bella ditinggalkan dalam keadaan dia positive Covid. Ya Bella positive Covid, tapi orang yang konon-konon jaga Bella ini tak nak dedahkan, sebab apa? Kalau Bella keluar confirm lah kantoi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) nampak kecederaan badan sana sini yang sangat teruk.”

Hero Sebenar

Ya tuan puan, kawan aku ini lah hero sebenar yang bersusah payah buat akal nak jumpa Bella, selamatkan Bella bawa ke hospital, buat report polis dan segala benda demi Bella.

Kalau dia tak jumpa Bella entahkan mati budak itu tak lama lagi.

Semua video yang dirakam, gambar luka-luka badan Bella yang didera – kawan aku ini lah yang rekod simpan semua bukti.

Posted by Tentera Troll Kebangsaan Malaysia on Monday, July 12, 2021

Kenapa aku tulis tajuk Bella : Tip of the iceberg?

Dengan munculnya kes Bella telah timbul pelbagai persoalan lain;

  • Kenapa setelah berbelas hari masih belum ada tahanan?
  • kenapa si pendera masih bebas siap boleh saman orang? Adakah dia ada back up politik?
  • kenapa RB boleh beroperasi sebegitu rupa?
  • kenapa ramai budak termasuk Bella (SD) dijaga oleh seorang perempuan yang belum berkahwin? JKM benarkan mengapa?
  • Dah ada aduan bekas RB yang mula buka mulut, mereka dulu pun ada yang kena pukul kena dera. Bukti-bukti ini sedang dikutip. Siap lah!
  • Makin banyak cerita under carpet muncul, yang kalau kita susun infographicnya boleh jadi berselirat dan kompleks.

Whatever it is, kita doakan semoga pendera Bella dan sesiapa yang bertanggungjawab dalam isu penderaan kejam ini akan ditangkap segera dan mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat.

Sepatutnya dua malam lepas kami buat live session anjuran Scrut untuk menerangkan naratif sebenar pasal Bella dan RB. Poster dan panel semua dah ready, tapi last minit call off, kawan aku rasa dia masih trauma tak sanggup nak bercerita kepada audience. Cukuplah katanya dia cerita pada aku, Kak Mona, peguam dan Scrut.

InsyaAllah kita buka ruang di lain masa, bila kawan aku dah lebih bersedia. Atau kita nak panggil Syed Azmi dan Bainun Live sekali?

Jiran kena dera dengan suami, tindakan gadis ini lapor polis terima pujian netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen

Artikel di atas disumbangkan oleh Fdaus Ahmad. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka