Kecoh dua tiga hari yang lalu berkenaan status mee segera dari Korea, Samyang Hot Chicken Flavor Ramen pedas yang menjadi perdebatan netizen di laman Facebook. Apa isu sebenarnya? Ini kronogi simple kisah ‘kontroversi’ mee segera Samyang ini.

1. Vitdaily buat video makan mee segera Samyang ini

Rasanya, semuanya bermula dari video Vitdaily ini yang mendapat lebih 87 ribu views di Facebook. Brother Vitdaily mencuba mee segera Samyang Spicy ini untuk menguji kepedasannya sebab orang kata pedas gila. Jadi beliau pun buat video untuk menguji kepedasan mee segera Samyang ni. Lihat reaksi beliau, memang macam pedas mee segera ni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=1Su0L4syoHs
Yang ini pula video yang dibuat oleh Asyalliee, lebih awal dari Vitdaily test power mee segera ni. Sedikit berduka sebab dia habaq mee segera tu boyfriend dia yang belikan. Dah berpunya rupanya Asya ni. Huhu. Asya kata pedas betui habaq hang. Habis cayaq mekap dia makan mee segera tu.

2. Perbualan Mr. Kim Edward mengenai status halal mee segera Samyang diviralkan

Saya pertama kali terbaca mengenai perbualan ini di dalam group Backpackers Buddies Malaysia di Facebook. Mr Kim Edward merupakan konsultan halal di Korea dan melalui perbualan Facebook Messenger beliau, beliau menyatakan bahawa Samyang Hot Chicken Flavor ini tidak halal kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi. Di bawah adalah beberapa screenshots dari perbualan itu.

sam 2

sam 3

sam 4

sam 4.5

Sam 5

3. Perdebatan Antara Pro-Samyang Dan Anti-Samyang

jokerrr

Pedebatan tercetus setelah screenshots itu disebarkan. Bagi penggemar Samyang, mereka tetap merasakan mee segera Samyang itu halal kerana sudah diberi status halal oleh Korea Muslim Federation (KMF). Bagi kumpulan anti-Samyang pula, mereka bertegas bahawa itu adalah strategi pemasaran syarikat itu untuk menjual produk tidak halal kepada golongan muslim. Tetapi ada juga yang berpendapat jika rasa syubahah, jangan makan. Simple.

4. Penjelasan Dari Halal Korea Mengenai Status Mee Segera Samyang

halal Korea

Page Facebook Halal Korea mengesahkan mee Segera Samyang Hot Chicken ini adalah halal dan semua ini merupakan salah faham sahaja. Terdapat stok mee segera berkenaan dari pihak Samyang yang menggunakan packaging yang lama produk itu. Mee segera itu halal kerana menggunakan mesin yang berlainan untuk pembuatanya. Cuma ralat dari pihak Samyang kerana menggunakan packaging sebelum mereka mendapat status halal untuk produk itu.

Jadi mee segera Samyang Hot Chicken halal untuk dimakan. Yay! Katanya mee segera Samyang ni harganya RM7.00 sepeket. Saya belum pernah cuba lagi mee segera ini, jadi kalau ada yang baik hati untuk belanja saya mee segera ni, saya sangat mengalu-alukannya. Hidup makanan pedas!