Dr Jezamine Lim, 33, seorang doktor dan model merupakan wanita pertama memperolehi PhD dalam kejuruteraan tisu dan sel stem di majlis konvokesyen ke-45 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Dia bertuah kerana sepanjang 6 tahun setengah pengajian dia mendapat sokongan daripada keluarga tersayang dan para pensyarah.

“Kejayaan ini adalah hasil dorongan daripada pensyarah dan suami saya. Saya fikir tanpa mereka saya mungkin sukar mencapai semua ini… Saya juga mempunyai dua pensyarah penyelia yang sangat baik dan selalu membimbing saya setiap kali saya menghadapi masalah, terutama dalam penulisan akademik,” ujar isteri kepada Harith Iskandar ini.

Penyokong Kerjaya Suami

Tambah istimewa, tika sibuk menelaah dan menyelidik, Dr Jezamine turut bertanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Harith Iskander Productions. Dalam tempoh ini, dia berjaya membantu suaminya menghasilkan dua festival komedi antarabangsa dan menjuarai ‘Laugh Factory’s Funniest Person In The World’ di Helsinki, Finland pada 5 Disember tahun lalu.

Suaminya memainkan peranan penting bagi mencapai keseimbangan dalam kehidupan terutama bersama anak-anak dan suami juga menjadi pendengar yang baik ketika dia meluahkan segala masalah dan isu yang timbul sepanjang pengajiannya.

Ibu Tiga Anak Kecil

Tidak cukup dengan itu, Dr Jezamine antara ibu paling jelita di Malaysia turut membahagikan masa untuk 3 orang anaknya yang sedang membesar. Dia pernah memberitahu Esquire bahawa:

“Serius kami tidak tidur… Kami sangat sibuk,” kata Dr Jezamine.

Namun begitu, dia mengakui dalam temubualnya bersama First Classe bahawa sekiranya dia tidak mempunyai anak, dia mungkin tidak dapat menghabiskan tesisnya. Anak-anak menjadi pendorong dan garis masa.

Dari awal pengajian hingga detik penghantaran tesis, kehadiran anak-anaknya memainkan peranan penting buat dirinya. Dr Jezamine mendaftarkan diri untuk Master ketika baru dua minggu mengandung anak pertama, Zander Xayne Iskander, 5.

Masa baru mula PhD, dia mengandungkan anak keduanya, Alessandrea Jayne Iskander, 4 dan sejurus selepas melahirkan anak ketiga, Zydane Xayne Iskander,2 dia perlu menghantar tesisnya pula.

Setiap seorang anaknya dipastikan menerima susu badan sekurang-kurangnya selama setahun dan mempunyai pembantu yang akan menjaga dan mencatat perkembangan dan aktiviti anak-anaknya agar dia tahu akan kehidupan anak-anaknya tatkala sibuk dengan belajar, kerja makmal dan pengurusan kerjaya suami.

Hari Ahad pula dijadikan hari bersama keluarga. Pada hari tersebut Dr Jezamine akan beristirahat dan keluar dengan anak-anak dan suami. Dia juga melakukan senaman pada hari tersebut selepas menulis 4 jam straight.

Oucch oucch.. no pain no gain.. It's been a while.. I'm always looking to push my limits, the real workout starts when you wanna stop..

A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on

Kronologi Pendidikan

Wanita kacukan India-Cina ini berasal dari Klang, Selangor, merupakan graduan perubatan Melaka Municipal University yang pernah menjadi juara pertandingan “Girl Next Door” 2009 anjuran majalah FHM. Sebelum itu dia ialah peserta akhir Miss Malaysia World 2007, 1st runner up Miss Malaysia Earth 2008 dan wakil Melaka untuk pertandingan Miss Malaysia Universe.

Sejak zaman sekolah lagi, kedua ibubapanya memastikan dia belajar meskipun masa terhad kerana aktif dengan aktiviti ko-kurikulum atau lebih tepat menganggotai kumpulan kebangsaaan taekwondo (junior) pada usia 14 tahun.

Bagi memastikan keseimbangan masa, ibubapanya membuat jadual belajar yang perlu dia ikuti dan ditekankan kepentingan subjek matematik terutama oleh bapanya yang berketurunan Cina dan bekerja dalam industri import-eksport.

Selepas PMR, bapanya menekankan kepentingan aliran sains. Dia perlu belajar bersungguh-sungguh dan mensasarkan keputusan cemerlang. Menurut bapanya, aliran sains mempunyai lebih banyak peluang berbanding aliran sastera.

Di sekolah, Dr Jezamine tidak mengharapkan kesemua ilmu ‘disuap’ oleh para cikgu. Dia mengambil inisiatif menggunakan segala sumber yang ada di sekolah untuk kaut lebih ilmu.

Lain pula di India ketika dia menyambung pelajaran di sana. Persaingan sangat sengit terutama dari segi sumber ilmu dan persekitaran yang tidak berapa kondusif. Tapi dia redah juga demi mencapai keputusan yang cemerlang.

Dia menyambung pelajaran di India selama 4 tahun untuk kursus Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan yang diselenggara oleh Melaka Manipal Medical College demi merealisasikan hasrat ibunya yang mahukan dia menjadi seorang doktor memandangkan ibu bekerja sebagai juruteknik pergigian.

Tamat pengajian, Dr Jezamine bekerja di hospital kerajaan. Pada waktu itu dia sering bertanya kepada doktor pakar dan pengarah perubatan mengenai peluang dalam bidang perubatan. Dia terpaut hati dengan kejuruteraan tisu dan sel stem memandangkan ia satu bidang penting tetapi jarang ada orang Malaysia yang menguasainya.

Nasibnya baik apabila Pusat Kejuruteraan Tisu UKM baru buka tawaran untuk program kejuruteraan tisu dan stem sel peringkat Master dan PhD. Dia mendaftarkan diri untuk Master ketika baru dua minggu mengandung anak pertama.

Durasi 9 bulan dijadikan sasaran bagi menyiapkan proposalnya memandangkan dia akan melahirkan anak. Jadi, setiap hari dia perlu menyiapkan 30 muka surat buku dan kerja makmal. Dalam tempoh itu juga dia tidak tahu bahagian spesifik sel stem mana yang mahu dikaji sehinggalah dia memutuskan mahu fokus pada jeli Wharton pada tali pusat.

Kemudian dia ditawarkan untuk convert Master jadi PhD. Itu merupakan satu peluang emas yang sememangnya tidak akan ditolak oleh pelajar postgraduate. Masa baru mula PhD 2 bulan, dia mengandung anak keduanya dan sejurus selepas melahirkan anak ketiga, dia perlu menghantar tesisnya pula.

Kajian PhD

Tiada jalan mudah bagi Dr Jezamine bagi menyiapkan PhD. Sebagai pelajar perantis program kejuruteraan tisu dan sel stem di UKM dia perlu mengambil samples, mengkaji spesimen, membuat medium untuk pembesaran sel dan mencari penyelesaian masalah kajian meskipun dipandu oleh penyelia memandangkan program PhD yang dirangka ini mengajar pelajar untuk melakukan kajian saintifik.

Seawal jam 7 pagi, Dr Jezamine berada di wad bersalin UKMMC untuk meminta pesakit mendermakan tali pusat. Sebelum mendapat persetujuan tersebut, dia perlu menerangkan kepada pesakit tentang tujuannya mengumpul tali pusat yang bakal dijadikan spesimen dalam penyelidikannya.

Idea Dr Jezamine dengan sel stem dari tali pusat sangat menarik. Dia mahu mencari bahagian terbaik sel stem pada tali pusat. Kemudian ia boleh digunakan secara implan pada bahagian sel tubuh badan agar dapat menghasilkan sel-sel baru. Namun cabarannya ialah samada sel-sel itu akan berjaya hidup atau tidak kerana sel ada kemungkinan boleh mati dengan sendirinya atau tercemar. Apabila itu berlaku, dia perlu mula semula kajian.

It wasn't a smooth journey, it required dedication, commitment and determination. My goal was to create a new department , a new path less followed by medical doctors. Stepping into the research world was tougher than attaining my medical degree (I swear). It's a whole different world and it never ends! I started my journey after my marriage. There came three children at the end of 6years journey. Started off with my masters, I was then offered to convert to PhD.I had no official confinement leave, I didn't take breaks, I was also juggling managing Harith Iskander Productions. I refused to take a loan, but I worked hard to finance myself through my whole PhD journey and NO I didn't expect 'pocket money' from my hubby (though he insisted!).For me,my PhD journey was about creating relationships,the people that helped me along the way made it easier- from the security guards at PPUKM- they help get me parking spots esp during my pregnancy,the cleaners, the nurses,my precious team mates, suppliers, and of course my supervisors!! Hubby @harithiskander @stephaniekuan @yunnieee @antonlim01 @foofoo328 ,my parents for putting up with me. I'm a working mother. Today, its beautiful to have all three doctoral kids in my arms ..sorry 4! And it is possible to have it ALL – with proper scheduling, disipline and always focus on your strength and NOT your weakness. My parents have always taught me to be independent, I wasn't given a silverspoon, instead they encouraged me to earn my living. My new chapter as an Entrepreneur has just begun. If I can do it, anyone else can! Stop pleasing people. It's your life,dare to be different, do whatever it takes to achieve your goals. 😀 #mummyof3 #phdlife #phdmummy

A post shared by Dr Jezamine Lim Iskander (@drjezaminelim) on

Sebagai pelajar PhD, Dr Jezamine perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 2 artikel journal dan dia berjaya memasukkannya di dalam 4 journal sebelum menamatkan pengajian dengan tesis bertajuk “Wharton’s Jelly Stem Cell as an Allogenic Cell Source for Bone Tissue Engineering for Pre-Clinical Proof of Concept.”

Perancangan Masa Depan

Dr Jezamine mahu mempraktikan hasil kajiannya ke dalam kerja klinikal. Dalam masa yang sama dia akan mengkomersialkan ilmu sel stem dalam bentuk set penjagaan kulit yang akan dibuat menerusi syarikat Yakin Medic di mana dia merupakan seorang ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama.

Inspirasi

Kejayaan yang dicapai oleh Dr Jezamine Lim menunjukkan seorang wanita yang memakai pelbagai topi (ibu, isteri, anak, pelajar, pengarah urusan) dapat mencapai apa yang dimahukan sekiranya ada fokus yang jitu dan sokongan serta dorongan tidak berbelah bagi daripada keluarga dan orang sekeliling.

Dr. Jezamine Lim juga patut dijadikan role model terutama para doktor muda kerana dengan komitment yang tinggi dia memilih jalan yang jarang diekplorasi tapi sukses akhirnya dan memberi manfaat yang besar dalam perkembangan sel stem di Malaysia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤