Dahulu, pekerjaan sebagai kru kabin mungkin dianggap sesuatu yang glamor apabila perlu memakai pakaian seragam yang cantik dan kemas.

Namun kini, kru kabin di China telah digalakkan untuk memakai lampin pakai buang bagi tujuan untuk memudahkan mereka membuang air kecil dan juga air besar, lapor BBC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini bukanlah inisiatif tambahan yang dirancang untuk menekan pekerja kru kabin, ia adalah salah satu cadangan bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19.

Inisiatif ini dicadangkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) dalam dokumen setebal 49 halaman bertajuk ‘Panduan Teknikal untuk Pencegahan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan, Edisi Keenam’.

Kru kabin yang berada dalam penerbangan dari negara-negara yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi telah diminta untuk memakai kelengkapan pencegahan wabak.

CAAC juga meminta agar kru kabin memakai lampin pakai buang dan diminta untuk tidak menggunakan tandas kecuali untuk tujuan kecemasan bagi mengelak daripada terkena jangkitan wabak.

Terdahulu, syarikat penerbangan dari Taiwan tawar khidmat mencari jodoh. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Terbang seorang, pulang dengan pasangan’ – Syarikat Penerbangan Dari Taiwan Tawar Khidmat Mencari Jodoh