Konsert Gergasi KRU 25 menjadi gabungan terakhir buat trio beradik Norman, Yusri, Edry apabila semalam mereka membuat kenyataan bahawa kumpulan itu akan dibubarkan secara rasmi selepas konsert tersebut. Konsert yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya akan menemui peminat untuk 3 hari bermula 4 Mei.

Norman kelihatan sebak ketika pengumuman itu dilakukan dan menambah keputusan itu dicapai dengan kata sepakat tiga beradik itu. Pembubaran ini juga memberi ruang kepada Edry yang akan berhijrah ke Eropah untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anaknya yang merupakan seorang anak autisme. Khabar ini turut dikongsikan oleh Norman di laman Instagramnya yang dibanjiri dengan komen peminat yang sedih dengan pembubaran kumpulan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kumpulan yang terkenal dengan lagu seperti ‘Awas’, ‘Oh La La’, ‘Fanatik’, dan ‘Babe’ menyatakan bahawa keputusan ini sudah dibincangkan sejak setahun yang lepas apabila mereka sudah cukup merasakan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sepanjang 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Buat peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut anda boleh mendapatkan tiket di laman web www.kruarena.com