Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penggunaan pengangkutan awam telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk bergerak ke sesuatu destinasi kerana cepat dan tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Terbaharu, sempena promosi Cuti-Cuti Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) tampil dengan promosi hebat untuk para pengguna.

Para pengguna dapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap pembelian tiket dengan menggunakan kod promo CUTIKERETAPI. Untuk pengetahuan anda,  promosi ini sudah boleh dibeli bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021 untuk perjalanan pada 1 April sehingga 30 Jun 2021.

Berita baik! Nikmati penjimatan RM10 bagi pembelian tiket anda dengan menggunakan kod promo 𝗖𝗨𝗧𝗜𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜.Syarat…

Posted by KTM Berhad on Saturday, March 13, 2021

Sebelum terlupa, promosi ini hanya sah untuk anda beli tiket ETS anda secara atas talian dan tidak boleh ditebus bagi pembelian semua tiket konsesi. Bukan itu sahaja, para pengguna hanya boleh menebus sekali sahaja kod promo ini.

Tunggu apa lagi? Ini masanya untuk anda beli tiket ETS dengan harga promosi sebelum tarikh tamat.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket.

Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB

Walau Terkucil Ketika Menyanyi ‘Live’ Di AJL35, Nabila Razali Akui Itu Persembahan Terbaik Beliau

Komen ‘Pedas’ Hafiz Hamidun Kepada Nabila Razali Mendapat Teguran Dato’ Fazley Yaakob

Anda Mungkin Suka