Sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bermula 1 November hingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata diskaun tambang murah bagi 50 peratus akan diberikan kepada laluan Kuala Lumpur Sentral-Gemas-KL Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani bagi perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis, manakala diskaun 25 peratus pula adalah promosi untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS pada setiap hari Selasa dan Rabu.

Sumber: KTMB

Pembelian tiket hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter KTMB sahaja dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB berkata lagi bahawa pihak mereka bakal menlanjutkan promosi tersebut sehingga ke tarikh tertentu sekiranya sambutan terhadap promosi ini menggalakkan.

Buat anda yang belum pernah dan ingin mencuba perkhidmatan ETS sama ada ke Selatan Malaysia mahupun Utara Malaysia, mungkin inilah masanya.

Sumber