Pengangkutan awam merupakan antara pilihan utama rakyat Malaysia ketika ini kerana harga tambang murah dan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan masa perjalanan ke destinasi pilihan.

Terbaharu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah perkenalkan tempat duduk kelas perniagaan bagi perkhidmatan ETS2 bermula bulan depan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsuddin, koc kelas perniagaan ini direka untuk penumpang yang inginkan keselesaan ketika dalam perjalanan.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Ini kerana ia memiliki ruang tempat duduk yang lebih luas dan selesa serta terdapat pelayan khas. Penumpang kelas perniagaan juga akan disediakan dengan kelengkapan perjalanan lain seperti kit kembara, Video-on-Demand (VoD) dan slot USB.

KENYATAAN MEDIA – KTMB PERKENAL KOC BUSINESS CLASS DALAM ETS2

Posted by KTM Berhad on Tuesday, 10 September 2019

Untuk pengetahuan anda, harga tiket untuk tempat duduk kelas perniagaan itu akan ditawar secara promosi iaitu RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral ke Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral ke Padang Besar, Perlis. Adalah diingatkan bahawa promosi ini akan mula dijual pada 12 September ini untuk perjalanan 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.

Lebih menarik, warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.

Nantikan kemunculannya…#KTMB #ETS #Intercity #Komuter #KTMKargo #SKYPARKLINK #ETSBusinessclass #ETS2

Posted by KTM Berhad on Tuesday, 10 September 2019

Jika anda inginkan perjalanan yang lebih selesa, anda boleh mencuba tempat duduk kelas perniagaan ini. Bagi anda yang gemar melancong menggunakan pengangkutan awam, anda mungkin boleh pertimbangkan mencuba perkhidmatan ini.

Adakah anda tahu dengan menggunakan ETS anda boleh ke Padang Besar, lalu ke Hatyai? Anda mungkin berminat untuk baca artikel bagaimana ke Thailand menaiki keretapi. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Lelaki Ini Kongsi Tip DIY Dan Itinerari Ke Bangkok 4 Hari 3 Malam Menaiki Keretapi

Itinerari Dan Tip Ke Hatyai Dan Songkhla Hanya Dengan Bajet RM200

Benarkah Anak Muda Lebih Berminat Untuk Travel Berbanding Membeli Kereta?

 

Anda Mungkin Suka