Kuala Lumpur, bandar dengan lebih 1 juta penduduk telah disenaraikan sebagai bandar ketiga daripada 100 bandar paling ‘overworked’ atau terlebih masa bekerja di belakang Dubai dan Hong Kong, lapor kajian yang diterbitkan oleh Bloomberg.

Kajian yang dilakukan oleh syarikat teknologi akses mudah alih Kisi ini menilai bandar-bandar di seluruh dunia untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.

Ia mengkaji 51 kawasan bandar di AS dan 49 bandar utama di seluruh dunia merentasi lebih daripada 130 faktor — seperti kadar kerja berlebihan, akses kepada penjagaan kesihatan dan metrik keselamatan untuk mengukur intensiti kerja, hak dan kesejahteraan penduduk.

Pekerja dari, Kuala Lumpur, Hong Kong atau Dubai mungkin mahu mempertimbangkan untuk berpindah ke Amsterdam, Buenos Aires, atau Sydney, di mana kurang daripada 10% penduduk di sana bekerja sehingga terlebih masa, menurut kajian itu.

Menurut kajian itu, bandar yang terlalu banyak bekerja tidak bermakna ia tidak mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja. Jika terdapat perkhidmatan yang boleh diakses sehingga mampu menjaga, menghiburkan dan menggembirakan orang, bandar itu mungkin mempunyai keseimbangan yang baik walaupun terlebih bekerja.

Di tempat pertama untuk bandar yang mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja ialah Oslo dengan markah 100 (yang tertinggi), diikuti oleh Bern dan Helsinki, kedua-duanya dengan markah 99 dan ke atas.

Manakala bagi bandar yang mempunyai persekitaran yang baik untuk bekerja dari rumah, jiran kita Singapura mencatatkan rekod yang baik di tangga pertama di hadapan Washington dan Austin.

Bandar ini ialah 3 bandar terbaik untuk bekerja dari rumah kerana mereka menawarkan lebih banyak pekerjaan yang boleh dilakukan dari jauh, menawarkan kebolehlaksanaan yang lebih tinggi untuk bekerja dari jauh untuk semua pekerjaan serta infrastruktur yang lebih baik untuk menyokong kerja jauh (seperti kebolehcapaian WiFi).

Kajian mendapati kos sara hidup di Kuala Lumpur murah, anda hanya perlukan RM3,300 sebulan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kajian Mendapati Kos Sara Hidup Di Kuala Lumpur Murah, Anda Hanya Perlukan RM3,300 Sebulan

Kajian Mendapati Rakyat Malaysia Lebih Percaya Doktor Berbanding Ahli Politik

Kajian Mendapati Malaysia Mempunyai Rakyat Yang Paling Suka Bersenam Dan Diet