Disebalik kesibukan kota Kuala Lumpur, bandar ini tidak pernah lekang dengan sapaan orang ramai atau kemesraannya bersama pelancong. Hal ini direkodkan oleh laman Big Seven Travel apabila menobatkan Kuala Lumpur sebagai bandar kedua paling mesra di dunia dibelakang Vancouver, Canada.

Difahamkan pemilihan Kuala Lumpur sebagai bandar kedua paling mesra ini berkait dengan sikap orang Malaysia yang sangat mudah ditegur oleh orang yang tidak dikenali serta pelancong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Matteo Colombo Travel Photography

Para pelancong luar juga merasakan mudah untuk membuat kawasan bersama orang tempatan disebabkan sikap mesra yang ditampilkan. Tidak hairanlah Kuala Lumpur dinobatkan sebagai antara lokasi pilihan para pelancong.

Kejayaan ini pastinya sesuatu yang boleh dibanggakan melihat kepada pemilihan tangga yang dinobatkan. Untuk pengetahuan, berdasarkan rekod yang dikeluarkan Vancouver, Cananda dipilih di tempat pertama diikuti dengan Kuala Lumpur, Bruges, Belgium dan Taipei, Taiwan. Negara jiran iaitu Singapura pula sekadar berada di tempat ke-24 oleh Big Seven Travel.