Facebook pada hari ini di MWC 2018 yang berlangsung di Barcelona mengumumkan mereka bersedia untuk membantu Kuala Lumpur dengan penawaran teknologi ‘Facebook  Terragraph’. Sebuah teknologi untuk membantu pengguna dalam dan luar bandar mendapatkan jaringan internet 5G.

Lebih menarik, cuma dua bandar di dunia dipilih menerusi projek terbaru Facebook ini dimana sebuah lagi bandar yang dipilih merupakan Budapest, Hungary.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

terragraph-facebook

Menerusi teknologi ini, Facebook Terragraph bakal bekerjasama bersama Telenor dalam memberikan peluang buat orang ramai di seluruh Kuala Lumpur mengakses internet dengan mudah dan pantas. Teknologi ini juga disasarkan buat kawasan luar bandar sekitar Kuala Lumpur yang masih lagi mempunyai jaringan internet yang kurang memuaskan.

Penggunaan teknologi gelombang kecil ini dikatakan dapat bakal menghubungkan kepada beberapa penawar jaringan internet di Malaysia dalam usaha untuk memberikan internet yang pantas buat orang ramai.

Prototaip Facebook Terragraph yang bakal dibangunkan sekitar Kuala Lumpur

Harapnya dengan bantuan teknologi terbaru daripada Facebook, hampir kesemua pengguna di Kuala Lumpur dapat menikmati penggunaan internet dengan kelajuan yang tinggi. Kelajuan melebihi 100 Mbps antara yang dijangkakan berdasarkan penggunaan jaringan internet 5G.