Nampaknya selain watak superhero Groot untuk Marvel, Vin Diesel akan membawa watak hero Ray Garrison pula untuk siri komik terkenal Bloodshot yang akan ditayangkan Februari 2020.

Sony Pictures melancarkan secara rasmi trailer Bloodshot semalam dan peminat dapat melihat Vin Diesel beraksi sebagai super soldier. Ray Garrison merupakan askar yang telah mati tetapi dihidupkan kembali untuk menjadi askar yang tidak akan mati. Teknologi nanotech yang terdapat dalam badannya akan kembali memulihkan setiap luka yang diterimanya dan menjadikannya askar yang hebat.

Ada yang membuat komen filem ini ibarat kombinasi semua filem yang dilakonkan Vin Diesel sebelum ini seperti Chronicles Of Riddick, Xander Cage (xXx) dan Fast & Furious digabungkan menjadi satu; dan ditambah lagi faktor self healing seperti Deadpool.

Namun, international trailer Bloodshot sebenarnya yang menjadi bualan terutamanya dalam kalangan peminat setia Vin Diesel di Malaysia. Dalam salah satu adegan trailer ini, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas dapat dilihat tetapi tanpa penerangan lanjut sama ada Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi utama dalam filem ini atau pun tidak.

Diesel 2
Pemandangan Kuala Lumpur dalam Bloodshot

Walaupun hanya beberapa saat, ianya sudah cukup buat rakyat Malaysia yang menonton trailer ini gembira kerana Kuala Lumpur ada buat cameo dalam filem antarabangsa. Filem Bloodshot ini nampak sangat menarik dan kami sudah tidak sabar untuk menontonnya di pawagam.

Sementara itu, filem animasi Abominable sah tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana isu kontroversi peta Asia Tenggara dalam filem berkenaan. Anda boleh bacanya lagi di sini.

Kerana Peta Asia Tenggara, Animasi Abominable Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Kenapa Filem Fast & Furious: Hobbs & Shaw Melukakan Hati Pelakon Asal?