Berita baik buat warga kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membenarkan para peniaga untuk menjana pendapatan dengan membuka gerai atau perniagaan kecil-kecilan di sekitar Kuala Lumpur (KL) bermula Ahad ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, keputusan tersebut dilakukan selepas berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah serta pegawai yang terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL), Wilayah Persekutuan akan dikenali sebagai wilayah bebas berniaga atau wilayah galakan berniaga.

“Mulai Ahad, 15 November ini, sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.

Menurut Annuar, warga Wilayah Persekutuan boleh membuat permohonan dan lesen sementara akan dikeluarkan secara automatik.

“Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan.

“Lesen berniaga statik akan dikeluarkan dan kita masih perlu melesenkan kerana ia perlu direkodkan untuk kegunaan jangka masa panjang,” tambahnya lagi.

Namun masyarakat harus diingatkan bahawa lesen tersebut hanya sah mulai 15 November, 2020 sehingga 15 April, 2021 sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat, mereka hanya perlu menghubungi PBT yang berkaitan dan maklumkan kepada mereka jenis perniagaan dan lokasi perniagaan yang menjadi pilihan mereka.

Jika perlu, PBT sendiri akan pergi melawat lokasi perniagaan pemohon bagi memastikan lokasi pilihan mereka tidak akan menimbulkan aduan daripada pihak awam seperti kesesakan lalu lintas, mengancam keselamatan awam dan kebersihan sekitar terjaga.

Menurut beliau, jika terdapat peniaga yang ingin meneruskan perniagaan selepas tempoh enam bulan yang pertama, PBT akan menyelaraskan kembali peniaga-peniaga tersebut mengikut amalan PBT berkenaan.

“Sekiranya pada waktu tersebut PKPB telah ditamatkan, pihak PBT akan menyelaraskan semula kedudukan peniaga-peniaga ini mengikut cara biasa,” tambahnya lagi.

Keutamaan bagi perniagaan ini akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan dan warga negara yang sah sahaja manakala lesen boleh dimohon sekarang terus ke DBKL secara dalam talian manakala buat PBT yang lain, mereka boleh berhubung dengan PBT masing-masing.

Menurut beliau, langkah ini bagi membantu mereka yang telah hilang mata pencarian disebabkan PKPB yang telah dilaksanakan sehingga hujung tahun ini.

Mari kita baca pula kisah tular mengenai makcik ini yang menerima sumbangan RM70,000 dalam masa sehari, pautan di bawah.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Misteri ‘Kubur Berdarah’, Ini Jawapan Daripada Hasil Siasatan Polis

‘Streamer’ Ucap Terima Kasih Selepas Rayuan Sumbangan RM300 Daripada Penonton Tercapai