Setelah 3 tahun menghilang, Kuala Vintage Festival yang sebelum ini pernah berlangsung di Pintu Merah dan Stadium Merdeka kali kembali untuk anda para peminat barangan preloved dan vintage selamat 4 hari bermula hari ini sehingga 1 Januari 2018!

Lokasi KL Vintage Festival kali ini pun agak rare kerana dibuat di dalam Kilang Paku yang berusia hampir 40 tahun. Jadi anda tidak perlu risau kalau hari hujan kerana booth dibuka di kawasan berbumbung. Memang luas kawasan kilang ini dan apa sahaja yang anda mahu cari, pasti ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara barangan yang akan dijual di sini nanti adalah baju, seluar jaket, topi, helmet, barangan dekorasi antik dan banyak lagi. Jadinya ini adalah sesi meet up terakhir untuk penjual dan collector barangan vintaj untuk tahun ini.

https://www.instagram.com/p/BdQI717HdOI/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BdQAWNjHZD1/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BdNgQdngUcT/?tagged=klvf2017

Ketika ini masih ada booth yang masih belum dibuka dan saya pasti malam ini Kilang Paku ini sudah meriah dan menantikan kedatangan anda! Saya jamin para penjual akan tawarkan harga yang paling menarik sempena mengakhiri tahun 2017 dan mengalukan kedatangan tahun 2018.

Di bawah adalah alamat untuk ke Kilang Paku ini serta gambar-gambar kemeriahan KL Vintage Fest edisi terdahulu. Ajak rakan untuk sama-sama memeriahkan KL Vintage Fest hujung minggu ini. Jumpa di sana!

Syarikat Guan Seng Kilang Paku Sdn Bhd
Lot 6 & 7 Light Industrial Area
Jalan Perusahaan Kiri
Kuala Lumpur
53200

https://www.instagram.com/p/BdRWInEHZK8/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BcOGZd7HAND/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BcKx8Zpnzh9/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BcHdcTinVSG/?taken-by=klvintagefestival

https://www.instagram.com/p/BdRU-qhnXWu/?taken-by=klvintagefestival