Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bekalan air bersih sudah menjadi seolah zikir kepada rakyat Kelantan dalam menempuh hari-hari mendatang. Situasi ini bukan lagi satu tragedi, tetapi sudah sebati menjadi budaya setiap tahun sebagai seorang rakyat Kelantan. Keperluan air bersih yang sepatutnya menjadi asas harian seolah tidak diendahkan sehingga mereka perlu mengadu di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Melalui perkongsia Hafiz D di laman Twitter, kualiti air yang teruk telah menyeksa sesetengah orang sehingga mereka mendapat penyakit kulit dan penyakit lain seperti taun, cirit birit, disentri, hepatitis A, kepialu dan polio. Situasi ini jelas bimbang kerana satu isi rumah, terdapat budak kecil dan orang tua yang tahap kesihatannya terjejas jika tidak mendapat bekalan air bersih.

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →

Berkongsi pengalaman, rakyat Kelantan difahamkan terpaksa mencari sumber air bersih dengan bergantung harap pada mesin air layan diri yang biasanya terletak agak jauh dari kawasan rumah mereka. Bagaimanapun, air dari mesin layan diri hanya mampu bertahan sehari dan keraguan tetap ada dengan kualiti air tersebut.

Mereka menyatakan betapa kesalnya terhadap pihak berkuasa negeri dan memohon agar Kerajaan Kelantan untuk tampil bertanggungjawab sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Kenapa kami katakan bahawa masalah air di Kelantan ini seolah zikir yang panjang dan tidak akan pernah selesai isunya adalah kerana beberapa tahun lalu isu sama juga naik dan diperdebatkan di media sosial.

Pada Febuari 2022, Shu Jamais menyatakan kekesalan beliau dengan kualiti air di Kolej Matrikulasi Kelantan yang menempatkan 2000 pelajar. Awal sebelum itu lagi, Pak Ngah pada Ogos 2020 memuat naik kualiti air yang keruh dan berkarat di rumahnya.