Baru sahaja dilancarkan, nampaknya model terhebat Apple iaitu iPhone XS Max masih tidak mampu untuk menandingi kehebatan kualiti kamera Huawei P20 Pro melalui ujian daripada DXOMark.

Untuk pengetahuan anda, DXOMark merupakan sebuah syarikat yang mampu memberi markah berdasarkan keupayaan sesebuah kamera. Melalui ujian yang dijalankan, Huawei P20 Pro berjaya memperoleh 109 markah manakala Apple iPhone XS Max hanya memperoleh 105 markah.

iphone-x-camera

Berdasarkan laporan, Apple iPhone XS Max tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan kualiti imej dan warna yang tepat. Penawaran autofocus pada iPhone XS Max juga sangat tepat dan pantas.

Walaubagaimanapun, iPhone XS Max dilihat sedikit gagal berbanding Huawei P20 Pro dalam mendapatkan gambar pada keadaan cahaya malap. Gambar yang diambil juga dilihat tampil dengan lebih noise berbanding P20 Pro.

Huawei-P20-P20-Pro-camera

Setakat ini, Huawei P20 Pro masih lagi menguasai takhta sebagai telefon pintar dengan kamera terhebat melalui laporan daripada DXOMark. Apple iPhone XS Max pula menduduki tempat kedua diikuti dengan HTC U12+. Masihkah anda berpendapat Apple iPhone XS Max yang hadir dengan harga premium masih berbaloi untuk dimiliki?