Seorang pelajar di Bandar Mandaue, Filipina bernama Joyce Torrefranca berasa terinspirasi apabila melihat seorang kanak-kanak belajar di tepi bangunan Mc Donald. Dia mengambil gambar kanak-kanak tersebut dan memuatnaik di laman sosial Facebook pada 23 Jun yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar itu telah menjadi viral apabila ia dikongsi oleh 6,670 orang di Facebook. Ia telah menarik perhatian ABS-CBN untuk melaporkan lebih mendalam tentang kanak-kanak tersebut. Mereka mencari dan menjumpai kanak-kanak itu berdekatan kawasan gambar itu diambil.

Kanak-kanak itu bernama Daniel Cabrera. Ibunya, Christina Espinosa ialah seorang balu yang bekerja di restoran Mc Donald bersama anak-anaknya yang lain. Sementara mereka berkerja, Daniel duduk di tepi restoran sahaja kerana mereka tiada tempat tinggal tetap setelah rumah mereka terbakar.

Baca: Kisah Eksklusif Di Sebalik Penghijrahan Fara Fauzana Yang Belum Didedahkan Media

Kisah keluarga ini didengarkan di saluran stesen radio dan televisyen tempatan dan impak viral di media sosial menyebabkan keluarga ini mula menerima derma dan bantuan. Antaranya, Rep. Samuel Pagdilao, ahli politik telah memberi Daniel biasiswa dan Espinosa geran perniagaan. Keluarga ini turut menerima derma dalam bentuk wang dan makanan dari pihak berkuasa tempatan.

Torrefranca tidak menyangka gambarnya itu telah mengubah kehidupan satu keluarga. Dia berasa gembira kerana secara tidak langsung dapat membantu Daniel. Dia berharap Daniel dapat mencapai cita-cita menjadi seorang anggota polis seperti bapanya.

Baca: 7 Cara Menjadi Keyboard Warrior. Psiko Di Alam Siber

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram