Tidak dapat dinafikan kuasa tular oleh netizen sangat memberi kesan kepada sesuatu perkara.

Bukan sahaja isu-isu semasa, tetapi perniagaan yang terkena tempias ditularkan oleh netizen juga turut menerima manfaat- terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tatkala ada sebilangan peniaga kecil-kecilan yang kehilangan punca pendapatan dengan situasi penularan COVID-19 ketika ini, lain pula yang berlaku kepada wanita dari Bangi ini.

Wanita tersebut, Norhasdin Pakiluddin yang baru sahaja memulakan perniagaan menjual donat daripada rumah tidak menang tangan untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya.

Menceritakan perkara itu kepada MalayMail, Norhasdin berkata segalanya bermula selepas salah seorang pelanggannya berkongsi kisahnya di laman Twitter.

https://twitter.com/AznilAshikin/status/1246739201350983680?s=20

Ciapan yang dibuat pelanggannya itu bukan saja mendapat lebih daripada 20,000 perkongsian tetapi turut mendapat ulang kicau daripada Neelofa di laman Twitter miliknya.

“Ayuh kita bersama-sama berkongsi dan ringankan beban beliau,” tulis Neelofa di Twitter dua hari lalu.

Berpunca daripada beberapa ciapan yang tular itu, Norhasdin menjelaskan beliau kini tidak menang tangan untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya.

“Saya membuat 1,000 donat setiap hari dan menerima 300 pesanan setakat ini.

“Saya terpaksa berhenti mengambil pesanan kerana tidak mampu lagi untuk menanganinya,” katanya kepada MalayMail.

Donat buatannya itu dijual dengan harga RM1 untuk tiga biji dan turut tersedia dalam bentuk sejuk beku atau frozen.

Menyedari ada sebahagian daripada netizen yang turut memberikan sumbangan ikhlas kerana anaknya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, beliau menjelaskan perkara itu bukanlah seperti yang dianggap netizen.

“Ini bukanlah niat saya dan saya tidak mahu orang ramai salah faham (mengenai anaknya),” katanya.

Jelasnya, anaknya yang kini berusia setahun bukanlah berada dalam keadaan kritikal tetapi perlu menggunakan tiub pernafasan dari masa ke semasa.

Apa yang ingin ditekankan bukanlah berapa banyak jualan yang mampu diraih wanita ini dalam sehari tetapi apa yang ingin ditonjolkan adalah kuasa netizen dalam membantu sesama rakyat terutama ketika kita semua menghadapi PKP ketika ini.

Seperti kita ketahui, ramai antara kita yang terjejas punca pendapatan terutamanya golongan-golongan peniaga kecil yang tidak mampu beroperasi sepanjang tempoh ini.

Malah, menjelang tibanya Ramadan tidak lama lagi, mereka-mereka ini juga terpaksa berhadapan dengan cabaran baru untuk menjalankan perniagaan di atas talian seperti disarankan pihak kerajaan sebelum ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini tentang bazar-bazar Ramadan yang sudah pun mula beroperasi melalui grup-grup di Facebook. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Bazar Ramadan ‘Online’ Sudah Mula Beroperasi Di Facebook

Penganjuran Bazar Ramadan Di Selangor Sah Dibatalkan Kerana COVID-19

Penganjur Di Johor Cadang Batalkan Bazar Ramadan Berikutan Wabak COVID-19