Minggu yang penuh dengan kejutan buat sukan badminton negara apabila pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta memilih untuk secara profesional.

Tindakan yang dibuat Lee Zii Jia meskipun mempunyai sebab tersendiri nampaknya telah dibalas dengan pengumuman mengejutkan daripada BAM di mana beliau bersama Goh Jin Wei dihalang daripada menyertai mana-mana pertandingan antarabangsa selama 2 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengumuman yang dibuat pihak BAM bukan sahaja mengejutkan Lee Zii Jia, malah turut mendapat perhatian netizen serta atlet dalam dan luar negara yang nyata tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat pihak BAM.

Menerusi perkongsian thread daripada @niitteee, beliau telah mengumpulkan luahan atlet dalam dan luar negara yang mengenai keputusan BAM dalam menghalang Lee Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama 2 tahun. 

Atlet melibatkan Hans Kristian dari Denmark, Gronya Somerville dari Australia, Koo Kien Keat serta beberapa atlet negara lain antara yang tampil meluahkan isu berlaku. Setakat ini, dapat dilihat, sejumlah besar atlet badminton dari Denmark antara yang benar-benar kecewa dengan keputusan daripada BAM.

Bukan sahaja para atlet, malah terdapat netizen Indonesia yang menyambut baik keputusan Lee Zii Jia sekiranya beliau memilih untuk berlatih dan menetap di Indonesia yang sekaligus dapat memanfaatkan atlet Indonesia.

Menerusi luahan para netizen dan juga para atlet, jelas menunjukkan pihak mereka kecewa dengan pihak BAM yang seolah menghalang cita-cita Lee Zii Jia di mana beliau seakan dihukum kerana membuat keputusan beliau sendiri.

Sehubungan dengan itu, ramai yang berharap dan berpendapat sekiranya BAM menarik balik keputusan dalam membenarkan Lee Zii Jia bergerak secara profesional serta dapat bermain dalam kejohanan antarabangsa selama 2 tahun tanpa sebarang halangan.

Ikuti isu yang berlaku mengenai keputusan BAM untuk tidak mendaftarkan Lee Zii Jia dalam kejohanan antarabangsa selama 2 tahun dengan klik pautan di bawah.

Lee Zii Jia Tidak Akan Didaftarkan Dalam Kejohanan Antarabangsa Selama 2 Tahun

‘Kecilnya Notis, Saman Sahajalah’- Lebih 100 Papan Iklan Tidak Berlesen Cetus Persoalan Netizen