Tahun 1258 Hulagu Khan anak kepada Ghenghis Khan menawan Kota Baghdad dengan membunuh lebih 80,000 penduduknya dan membakar hangus perpustakaan Baghdad.

Ahli sejarah Islam menyebut ketika itu bumi Baghdad bermandi darah dan sungai yang merentasinya bertukar warna hitam dari dakwat kitab yang dicampak ke dalamnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khalifah terakhirnya ditangkap dan digulung dalam permaidani untuk dipijak hingga mati oleh 150,000 tentera Mongol di mana 100,000 darinya adalah tentera berkuda.Wanita Islam yang dijadikan tawanan kemudiannya dikahwinkan secara paksa dengan bala tentera Mongol.

Empayar Mongol merupakan empayar yang paling besar dalam sejarah dunia. Ia merangkumi wilayah dari Negeri China hinggalah ke Eropah termasuk Moscow Rusia.

Empayar Mongol yang amat luas ini dipecahkan kepada 4 Khanates atau Hordes:

1. The Golden Hordes (yang meliputi wilayah Russia, Ukraine, wilayah Black Sea, wilayah Caucasus).
2. The Ilkhanate (meliputi Iran and Iraq)
3. The Chagatai Khanate (meliputi 5 negara Asia Tengah)
3. The Yuan dynasty (China)

Berke Khan cucu kepada Ghenzhis Khan yang menjadi pemerintah The Golden Hordes ketika singgah di Bukhara telah bersoal jawab dengan seorang alim di Bukhara tentang kelebihan Islam. Berke Khan akhirnya telah memeluk Islam bersama dengan seluruh bala tenteranya.

Perkahwinan paksa ketika tentera Mongol menawan Baghdad pada 1258 telah memudahkan pengislaman ini kerana wanita-wanita Islam yang dipaksa berkahwin dengan tentera Mongol ketika itu masih kuat berpegang pada aqidah Islam dan turut mendidik anak-anak dari perkahwinan itu dengan aqidah dan akhlaq Islam.

Berke Khan kemudian telah membantu kerajaan Kesultanan Mamluk di Mesir mengalahkan tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan (yang menawan Baghdad) dari menawan bumi Mesir. Ini merupakan kekalahan pertama tentera Mongol dalam sejarah pembesaran empayarnya.

Wanita-wanita Islam yang kuat berpegang pada aqidah dan akhlaq Islam walaupun dipaksa berkahwin dengan tentera Mongul sebenarnya menjadi antara faktor pembantu yang menyumbang kepada mudahnya tentera Mongol memeluk Islam selepas pemimpin mereka Berke Khan memeluk Islam di Bukhara.

Pengislaman Berke Khan 80 tahun kemudiannya telah turut membawa pada pengislaman 3 Khanates atau Hordes yang lain kecuali Khanates The Yuan Dynasty (sekarang Mongolia dan utara China yang menganut agama Budha).

3 Khanates ini kemudiannya telah mengembangkan Islam pada pemerintahan mereka. Hatta di India rakyatnya yang menggunakan nama ‘Khan’ pada nama keluarga mereka semuanya adalah berasal dari keturunan Mongol juga.

Kuasa wanita antara penyumbang kepada mudahnya bala tentera Mongol memahami ajaran Islam. Seorang sejarawan barat telah menggelar kuasa wanita dalam pengislaman tentera Mongol ini dengan istilah “Mongol menyerang Baghdad dari pintu hadapan tapi Islam masuk dalam empayar Mongol dari pintu belakang”.

Kuasa yang ada pada wanita jika kuat berpegang pada aqidah dan akhlaq Islam mampu meruntuhkan sebuah empayar. Maka benarlah kata pepatah Melayu “Tangan yang menghayun buaian itu mampu mengoncang dunia”.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA. SAMBUT DENGAN PEGANGAN WORLD VIEW TAUHID YANG BETUL DAN AKHLAQ YANG TERPUJI.

Zabidi Mohamed.
9 MAC 2017

Nota: Tulisan ini adalah ringkasan dari beberapa buah artikel yang telah dibaca bagi tujuan posting ini.