Ada pelajar yang mampu memberikan oral presentation yang bagus hanya kerana dia tidak nervous untuk bercakap di hadapan orang ramai. Sebutannya bagus, intonasinya menarik, tidak membosankan. Namun, kontennya tidaklah berapa bagus.

Ada juga yang tidak mampu bercakap dengan baik. Namun, isi kandungan presentation terbaik dan menepati piawaian yang dimahukan.

Kita pula mahukan yang bagaimana? Sudah pastilah kita mahu bagus dalam ke semua aspek.

foto

Berikut 7 tip persediaan menyampaikan ‘Oral Presentation’:

1. Kuasai Topik Dan Konten Untuk Presentation

Kita mesti tahu apa konten kita. Kita perlu kuasai ilmu pengetahuan, dan konten penyampaian tidak kira apa hasil kajian, final year project, practical classes dan sebagainya. Jangan harapkan orang lain sekalipun kita satu kumpulan dengan pelajar paling pandai dalam kelas.

Apabila kita kuasai konten, kita akan rasa lebih yakin pada diri. Keyakinan itu akan terbit pada wajah anda. Apabila kita kuasai konten, kita tidak perlu risau jika ditanya dengan pelbagai soalan semasa (sesi soal-jawab) pembentangan nanti.

2. Tahu Masa, Tempat Dan Audien

Kita perlu tahu masa iaitu berapa lama masa yang diberikan untuk presentation kita: 5 minit? 3 minit? 6 minit? 10 minit? 1 jam untuk satu kumpulan?

Kita perlu tahu di mana pembentangan akan diadakan. Dewan besar? Dan kita perlu tahu siapa audien yang akan mendengar pembentangan kita. Adakah para pelajar seusia kita? Atau ahli-ahli akademik yang ada di universiti kita?

Bagi sesetengah orang, these matter a lot. Semakin besar dewan, semakin ramai audien, semakin gabralah perasaan. Jadi tension tak menentu. Maka, lebih awal tahu butiran sebegini lebih cepat kita bersedia dan mengawal keadaan. Tak mahu jadi terlalu overwhelming.

3. Slaid Persembahan

Biasanya pelajar menggunakan Microsoft PowerPoint slides sebagai metodologi membentangkan hasil dapatan. Buat seringkas mungkin. Kurangkan perkataan. Jangan letak emoticon atau animated characters yang tidak berkaitan. Keep it simple.

Pilih warna yang kontra secara jelas. Contohnya, perkataan berwarna hitam di atas background berwarna putih. Bentuk dan saiz tulisan juga perlu sesuai. Cukup besar untuk dilihat dan dibaca dari jarak jauh sesuai dengan saiz tempat pembetangan seperti dewan.

Cuba optimumkan setiap satu slaid hanya mempunyai lima hingga tujuh poin sahaja. Tiga poin adalah optimum. Kalau terlampau banyak poin dalam satu slaid, kebarangkalian audien kita akan bosan adalah tinggi.

Atau mereka terlalu fokus membaca perkataan-perkataan di slaid sekaligus terlupa bahawa kita sedang bercakap di depan. Masukkan gambar atau imej yang berkaitan sahaja.

Then we come to this conflict, “Should I prepare the presentation text for myself, or no text?”

Secara peribadi, saya sediakan teks untuk pembentangan. Susun dan tulis elok-elok apa yang kita nak sampaikan dengan baik. Pastikan ‘cerita’ itu diceritakan dengan baik dan mudah difahami.

Kalau boleh, English grammar dan semuanya perlu diambil kira. Biar nampak terbaik. Tetapi, jangan hafal.

It is important to know and remember our points to present. But, it is difficult if we try to memorize the text words by words. Therefore my advice is never try to memorize your presentation. But, always prepare your words. Banyak bezanya.

4. Penceritaan Yang Tidak Membosankan

Bagi sesuatu pembentangan, jadikanlah itu sebagai story-telling. Cuba sediakan konten kita sebagai sebuah cerita atau kisah yang ada pendahuluan, isi kandungan dan penutup.

Lagi bagus jika kita mampu menyediakan ‘cerita’ tersebut mengikut status dan kemampuan fikiran audien kerana tak semua orang boleh faham tajuk pembentangan kita.

Jadi, sediakan ‘cerita’ kita sejelas mungkin agar orang yang tidak punya ilmu tentangnya juga boleh memahami apa yang kita akan cuba sampaikan.

5. Latihan Sebelum Pembentangan

Saya, secara jujur, bukan seorang yang power bercakap depan orang. Jadi, saya sediakan teks saya dan saya akan praktis berkali-kali.

Saya akan rehearse berkali-kali. Bukan hafal teks, tetapi cuba ingat flow pembentangan, poin A diikuti poin B, poin B diikuti poin C dan seterusnya. Biar nampak well-prepared.

Saya suka apabila saya tidak perlukan apa-apa nota atau kertas semasa presentation kerana saya yakin saya tahu apa yang saya mahu sampaikan.

The first 45 seconds of our presentation is important. Biar nampak berkeyakinan walaupun kita sebenarnya sedang sangat gugup dalam hati.

6. Tajuk

Aspek lain yang penting di dalam oral presentation ialah tajuk persembahan itu sendiri. Before we go on stage, there will be somebody who introduces our name(s) and our presentation title.

Dalam dunia akademik, tajuk pembentangan yang lengkap akan menarik minat para audien untuk mendengar. Padat dan berinformatif.

7. Jual Diri Anda

Tidak ada seorang pun yang suka untuk mendengar pembentangan yang monotonous, bersuara mendatar, tidak bersemangat atau tidak bermaya, gagap atau gugup dan tidak menarik.

Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha menjadikan presentation kita sebagai likeable and presentable. Bak kata orang, dari mata turun ke hati.

Jadi, perkara pertama saya pastikan adalah memakai pakaian yang elok. Pastikan pakaian kita menepati majlis. Jika majlis formal, berpakaianlah secara formal.

Jika pembentangan dilakukan di dalam kelas seperti biasa, pakailah pakaian yang paling sesuai. Tidak terlalu mencolok mata, sopan dan selesa dipandang.

Aspek penting yang amat penting ialah suara. Yes, the voice itself. Di sini kita bercakap tentang intonasi suara yang jelas dan ton yang selesa di telinga. Tidak terlalu keras atau kuat, dan tidak terlalu perlahan sehingga sukar didengari.

Seterusnya, speed variation. Jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat. Langkah terbaik adalah mempelbagaikan speed apabila menerangkan sesuatu perkara.

Contohnya, poin utama disebut dengan speed perlahan tetapi suara kuat, dan diulang-ulang, agar audien dapat mendengar dengan jelas dan teratur.

Moga bermanfaat.