Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor: Terima kasih kepada Puan Lina Maharon, usahawan teknologi dan pemilik Mikhail Game Tech PLT kerana sudi menyumbang idea bijak ini buat pembaca Vocket.

Kuatkan Signal WiFi Dengan Botol Dan Aluminium Foil

1. Eksperimen untuk pastikan sama ada botol plastik minuman dan aluminium boleh menambahkan kekuatan dan kualiti signal WiFi kita.

Kualiti signal sebelum eksperimen, adalah sebanyak 3 bintang lebih sikit. Signal strength pun kureng.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

Aplikasi untuk menentukan kekuatan WiFi boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau iTunes. App ini bernama WiFi Network Analyzer.

2. Bahan:

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon
  • Botol kosong 1.5L
  • Aluminium foil
  • Gunting
  • Marker
  • Pisau kecil (tiada dalam gambar).

3. Cabut 1 antena daripada router.

Jangan takut. Tak akan kena kejutan elektrik, tetapi tangan kena keringlah.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

Nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.

4. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

5. Pastikan bahagian belakang ‘perisai’ dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

TONTON: Tingkatkan Prestasi Rangkaian WiFi Anda Dengan 5 Cara Ini

6. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

7. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

8. Masukkan antena seperti ini.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

9. Sambung antena dan ‘perisai’ pada modem semula. Ini saya tunjuk sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

10. So, mari uji kualiti signal

… memang ada perubahan. Sebelum ni 3 bintang++, sekarang sudah hampir 5 bintang. Signal strength lebih baik.

Maka, terbukti, cara ini boleh tambahkan kekuatan signal WiFi di rumah.

Lain kali, saya akan cuba eksperimen dengan botol lebih kecil dan menggunakan kertas aluminium lebih tebal. Anda boleh cuba eksperimen juga.

wifi
Kuatkan signal WiFi dengan botol plastik dan aluminium foil. – Ihsan Lina Maharon

BACA: Tonton TV Streaming Berkos Rendah Menggunakan Chromecast, Netflix, Kodi Dan iflix

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka