Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan proses penggalian semula kubur Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan diteruskan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Ia dibenarkan selepas mahkamah memutuskan untuk membatalkan permohonan balu Nazrin, Samirah Muzaffar, melalui peguam LS Leonard pagi ini bagi menangguhkan penggalian semula kubur suaminya. Sejak dari 10.40 pagi tadi, pihak polis masih menutup laluan masuk utama ke kawasan tanah perkuburan bagi membolehkan kerja-kerja penggalian berjalan lancar.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Pegawai dan anggota polis, bersama pihak Jabatan Forensik dan Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilihat mula memasuki kawasan perkuburan sejak jam 8.30 pagi tadi.

Nazrin ditemui meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Damansara pada Julai lalu sebelum polis mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh. Semoga dipermudahkan siasatan terhadap kes ini.

  • SUMBER
  • BH