Dalam banyak-banyak selebriti kucing dalam Malaysia, kucing ini adalah yang paling pandai berjenaka. Kucing Happy, seekor kucing yang bekerja sebagai Pengarah di Jabatan H.A.P.P.Y menyebarkan kegembiraan kepada rakyat Malaysia dengan melaksanakan hajat dan impian anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menulis “Saya nak …” dan nyatakan impian anda. Jangan lupa letakkan hashtag #kucinghappy. Anda boleh lakukan ini di Facebook, Instagram ataupun Twitter.

Ditemani dengan sebiji mangkuk bernama Samsudin, mari lihat telatah si Kucing Happy.

Bukan kami sahaja, malah beberapa artis tanahair pun geram dengan kucing Persia yang berbulu pendek dan bermuka montel ini. Cuba tengok apa yang Yana Samsudin dan Fizo Omar buat dengan kucing ini dengan menekan nama mereka.

Pst.. pst.. kami pun berjaya mendapat deleted scenes dengan Elizabeth Tan. Kami rasa video ini dibuang kerana ia agak err.. kontroversi.

https://www.youtube.com/watch?v=jUgrN0jyCDI

Di sebalik kegembiraan dan gelak ketawa si comel Kucing Happy, beliau tidak melupakan insan-insan yang kurang bernasib baik. Ditemani dengan pembantu-pembantu manusia beliau, beliau mengelap air mata kesedihan insan-insan yang kesusahan dengan memberi bantuan.

Kucing Happy dibawakan khas bersempena sambutan ulangtahun 40 tahun Bank Simpanan Nasional. Kami mengucapkan tahniah ke atas BSN kerana membawakan kempen pemasaran yang segar dan kreatif. Semoga lebih banyak video Kucing Happy dihasilkan. Untuk lebih banyak video Kucing Happy anda boleh menontonnya di Youtube BSN di sini.

Baca juga: 7 Selebriti Kucing Yang Wajib Anda Ketahui. #3 Paling Rare.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram