Semalam menjadi perbualan hangat warganet apabila pereka fesyen ikonik Karl Lagerfeld meninggal dunia. Lagerfeld ada membela seekor kucing yang menjadi temannya sewaktu hidup. Disebabkan itu, harta milik Karl Lagerfeld yang mencecah RM796 juta turut akan diwarisi oleh Choupette, kucing kesayangannya.

Dalam wasiatnya, Lagerfeld ada menamakan beberapa individu yang akan mewarisi harta miliknya dan Choupette adalah antara pewaris yang dinamakan Lagerfeld. Untuk pengetahuan anda, Choupette merupakan kucing selebriti yang memiliki lebih 200,000 pengikut di laman Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BVfSIfXg79V/

https://www.instagram.com/p/BuHz76DFmDv/

Sebelum ini, Choupette sudah biasa dengan gaya hidup mewah dan mempunyai pengawal peribadi dan pembantu rumah sendiri. Malah jika makan di restoran, Choupette akan makan di meja makan yang sama seperti manusia.

Bukan itu saja, Choupette juga mempunyai bukunya sendiri iaitu “Choupette: The Private Life of a Cat Fashion Flying High”.

Selepas kematian Lagerfeld, tidak pasti siapa yang akan menjaga kucing ini tetapi dikhabarkan model kegemaran Lagerfeld, Brad Kroenig dan anaknya akan menjaga Choupette.

Bagaimana Choupette mahu membelanjakan hartanya satu ketika nanti? Yang pasti begitulah betapa sayangnya Karl Lagerfeld terhadap kucing kesayangannya ini.