Untuk jadikan sebuah filem yang epik, sesuatu filem itu semestinya perlu mempunyai jalan cerita yang menarik. Namun, antara elemen yang paling penting untuk sesebuah filem sebenarnya adalah poster filem.

Mengapa poster filem? Kerana poster filem adalah first impression untuk sesebuah filem yang kita ingin tonton. Filem luar dan tempatan perlu bersaing di pawagam untuk menarik penonton. Cuba anda berjalan di pawagam dan lihat poster-poster yang terpampang di sana. Setiap poster mewakili filem yang bakal atau sedang ditayangkan dan jika poster filem itu menarik, anda pastinya akan tertarik untuk menonton filem berkenaan.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Nama KUKUBESI sangat dikenali dalam persada seni visual tempatan sebagai salah seorang artis visual yang sangat disegani. Daripada filem Tombirou, KL Special Force hingga hampir semua filem box office tempatan pasti ada sentuhan daripada KUKUBESI.

BACA: Kukubesi Kongsi ‘Work Flow’ Hingga Terhasilnya Poster Filem Tombiruo

Semalam, KUKUBESI mengeluarkan ‘permohonan maaf’ kepada pelakon popular Sharnaaz Ahmad yang dikatakan bengang kerana salah eja namanya dalam sekeping poster. Poster berkenaan adalah untuk filem terbarunya yang akan muncul di pawagam tidak lama lagi.

PERMOHONAN MAAF KUKUBESI BUAT SHARNAAZ AHMAD.Kehadapan adik ShaDisini Abang KB sebagai pereka poster ingin membuat…

Posted by kukubesi manipulasi on Tuesday, 16 July 2019

Dalam penerangan panjang lebarnya, KUKUBESI menceritakan poster yang tertiris itu hanyalah mock up yang masih belum lengkap sepenuhnya dan bukan untuk perkongsian di laman sosial. Poster berkenaan lebih untuk fasa ‘susunan’ supaya poster itu mempunyai feel yang betul untuk filem berkenaan.

Setiap poster perlu melepasi saringan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan menurut KUKUBESI, selepas mendapat approval, baharulah beliau akan memfokuskan pada ejaan nama SEMUA YANG TERLIBAT supaya tiada kesalahan ejaan. Beliau juga akan double check dengan produksi filem untuk setiap nama bagi mengelakkan mana-mana pihak berkecil hati.

Selepas semuanya lengkap, barulah poster berkenaan akan dicetak untuk dieadarkan ke semua pawagam di Malaysia. Pada ketika itulah baru para pelakon dibenarkan untuk membuat promosi filem yang mereka telah lakonkan.

Mengenali KUKUBESI, beliau adalah seorang yang teliti dalam membuat kerja yang diberikan dan kesalahan ejaan adalah perkara terakhir yang beliau mahu lihat pada poster rekaannya. Ini mungkin hanya salah faham daripada pihak Sharnaaz Ahmad dan diharap semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini.

View this post on Instagram

PERMOHONAN MAAF KUKUBESI BUAT SHARNAAZ AHMAD . Kehadapan Adik Sha Disini Abang KB sebagai pereka poster ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada adik Sha di atas kesilapan Abang KB menaip nama Adik Sha pada movie poster terbaru yang bakal keluar nanti sehingga membuatkan Adik Sha marah di instagram . untuk pengetahuan Adik Sha , sebenarnya poster yang Adik Sha lihat itu adalah poster edisi yang telah bocor , sepatutnya poster movie itu tidak boleh di upload lagi kepada umum kerana poster tersebut masih dalam proses aproval dari pihak producer dan memang 100% belum siap dan tidak sepatutnya publish kepada umum…. tetiba ianya terbocor ke sosial media . sekali lagi untuk pengetahuan Adik Sha , kebiasaanya poster yang Abang KB buat akan mempunyai beberapa fasa atau stage. . -sketch -photoshoot ikut sketch -buat 3 proposal design -producer akan pilih -adjust kasi cantik yang producer pilih -hantar lagi untuk approval ( part ni yang poster tu leak ) -approve n submit LPF -approve dan masukkan actual text -approve dan submit printing -gantung kat pawagam . sekali lagi Abang KB mohon maaf kepada Adik Sha sekiranya kesilapan nama ini sangat sensitif buat Adik Sha , Abang KB akan ambil ikhtibar dari kejadian ini untuk perbaiki kesilapan Abang dan Abang KB akan minta seluruh persatuan , NGO dan organisasi grafik dan senireka seluruh malaysia , sila hafal nama Adik Sha sekiranya ada apa apa design poster atau flyers atau banner atau billboard yang ada nama Adik Sha harus di eja dengan betul walaupun sekadar dummy….. pastikan ejaan SHARNAAZ AHMAD itu betul bukan seperti yang Abang KB taip sebelum ini Shahnaz Ahmad , my bad :-( . yang BAHALOL dan CELAKA datangnye dari Abang KB dan yang SUCI dan MULIA datanye dari Adik Sha… ku pohon ampun . Abang KB kalau dah kena marah terus tak jadi KUKUBESI …terus jadi KIUT BOBOI , Abang KB akhiri , mohon ke belakang Adik Sha , nak buat kopi . KB kiut boboi #kukubesimanipulasi

A post shared by EMPAYAR KUKUBESI® (@empayar.kukubesi) on

Anda Mungkin Suka