Untuk jadikan sebuah filem yang epik, sesuatu filem itu semestinya perlu mempunyai jalan cerita yang menarik. Namun, antara elemen yang paling penting untuk sesebuah filem sebenarnya adalah poster filem.

Mengapa poster filem? Kerana poster filem adalah first impression untuk sesebuah filem yang kita ingin tonton. Filem luar dan tempatan perlu bersaing di pawagam untuk menarik penonton. Cuba anda berjalan di pawagam dan lihat poster-poster yang terpampang di sana. Setiap poster mewakili filem yang bakal atau sedang ditayangkan dan jika poster filem itu menarik, anda pastinya akan tertarik untuk menonton filem berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nama KUKUBESI sangat dikenali dalam persada seni visual tempatan sebagai salah seorang artis visual yang sangat disegani. Daripada filem Tombirou, KL Special Force hingga hampir semua filem box office tempatan pasti ada sentuhan daripada KUKUBESI.

BACA: Kukubesi Kongsi ‘Work Flow’ Hingga Terhasilnya Poster Filem Tombiruo

Semalam, KUKUBESI mengeluarkan ‘permohonan maaf’ kepada pelakon popular Sharnaaz Ahmad yang dikatakan bengang kerana salah eja namanya dalam sekeping poster. Poster berkenaan adalah untuk filem terbarunya yang akan muncul di pawagam tidak lama lagi.

Dalam penerangan panjang lebarnya, KUKUBESI menceritakan poster yang tertiris itu hanyalah mock up yang masih belum lengkap sepenuhnya dan bukan untuk perkongsian di laman sosial. Poster berkenaan lebih untuk fasa ‘susunan’ supaya poster itu mempunyai feel yang betul untuk filem berkenaan.

Setiap poster perlu melepasi saringan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan menurut KUKUBESI, selepas mendapat approval, baharulah beliau akan memfokuskan pada ejaan nama SEMUA YANG TERLIBAT supaya tiada kesalahan ejaan. Beliau juga akan double check dengan produksi filem untuk setiap nama bagi mengelakkan mana-mana pihak berkecil hati.

Selepas semuanya lengkap, barulah poster berkenaan akan dicetak untuk dieadarkan ke semua pawagam di Malaysia. Pada ketika itulah baru para pelakon dibenarkan untuk membuat promosi filem yang mereka telah lakonkan.

Mengenali KUKUBESI, beliau adalah seorang yang teliti dalam membuat kerja yang diberikan dan kesalahan ejaan adalah perkara terakhir yang beliau mahu lihat pada poster rekaannya. Ini mungkin hanya salah faham daripada pihak Sharnaaz Ahmad dan diharap semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini.

https://www.instagram.com/p/B0AZQTKB4eK/