Jika sebelum ini mereka yang aktif menggunakan Facebook pasti tahu akan kewujudan grup Masak Apa Hari Ini yang mengumpulkan idea dan tips masakan dari netizen-netizen di seluruh negara hampir setiap hari.

Malah jika ada yang tidak mempunyai idea untuk memasak dan memerlukan tips berkait masakan, grup itu pasti saja akan menjadi tempat rujukan terutama buat mereka yang berminat untuk mencuba resepi baru sebelum ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan di negara kita, boleh dikatakan percubaan untuk memasak ini bukan saja dilakukan mereka yang berada di grup-grup memasak, namun hampir setiap orang mula berjinak-jinak untuk memasak di rumah dan mencuba resipi-resipi yang terdapat dalam talian.

Niat untuk memasak itu adalah baik dan selaras dengan saranan kerajaan, namun apa yang mencuit hati adalah apabila masakan yang dibuat tidak menjadi dan mula dikongsikan di media sosial.

Dan mungkin kerana tertalu ramai yang mencuba untuk memasak di musim PKP ini, sebuah grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’? mula tular sejak beberapa hari lalu di alam maya selepas hantaran-hantaran masakan yang tidak menjadi mula dibuat di laman tersebut oleh netizen.

Capture

Walaupun baru sahaja ditubuhkan sejak 14 April yang lalu, namun grup tersebut setakat ini sudah berjaya mengumpulkan lebih 500,000 ahli sehingga artikel ini ditulis.

Melalui semakan yang dibuat, grup tersebut membenarkan mereka untuk berkongsi masakan-masakan yang telah dicuba tetapi tidak menjadi dan hasil yang dikongsikan pasti akan membuat anda tidak kering gusi melihatnya.

Berikut adalah beberapa hantaran yang menunjukkan ‘masak tak jadi’ yang telah dikongsikan di grup tersebut.

photo_2020-04-19_11-51-30 photo_2020-04-19_11-51-24 photo_2020-04-19_11-51-21

photo_2020-04-19_11-51-28

Walaupun dilihat melucukan, namun kewujudan grup ini mungkin boleh meningkatkan keyakinan mereka yang tidak mahir memasak untuk mencuba dan berkongsikan hasil yang diperoleh.

Jika sebelum ini anda risau masakan yang dibuat itu tidak menjadi seperti resepi yang dikongsikan, kini anda tahu anda tidak lah berseorangan dan masih ramai di luar sana yang turut ‘masak tak jadi’ hari ini.

Sementara kita semua masih berada dalam PKP sehingga hujung bulan ini, masih ada kesempatan untuk anda mencuba resipi-resipi yang anda peroleh di media-media sosial dan cuba untuk menghasilkannya.

Siapa tahu, jika masakan yang anda cuba tidak menjadi anda mungkin boleh berkongsi hasilnya di grup ini dan mendapatkan reaksi dan mungkin tips daripada netizen-netizen yang berada di sana.

Memasak boleh dikatakan menjadi aktiviti pilihan setiap isi rumah ketika ini terutama dengan pelaksanaan PKP. Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengenai peralatan memasak yang mungkin boleh membantu anda lebih cekap di dapur selepas ini. 

Masak Dua Menu Secara Serentak, Periuk Nasi Berharga RM800 Menjadi Idaman Para Isteri

Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Yang Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami

Anda Mungkin Suka