Ahli kumpulan lelaki K-pop terkenal di Korea, BTS sah akan menyertai latihan tentera selepas diumumkan oleh agensi mereka pada hari Isnin lalu. Menurut Bighit Music yang merupakan sebahagian daripada agensi BTS Hybe, ahli BTS kini bergerak ke hadapan dengan rancangan untuk memenuhi latihan tentera mereka.

Semua lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan di bawah umur 30 tahun dikehendaki berkhidmat dalam tentera selama kira-kira dua tahun, terutamanya kerana negara itu secara teknikal berperang dengan Korea Utara bersenjata nuklear.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dinyatakan BTS menjana berbilion-bilion dolar untuk ekonomi Korea Selatan serta menguntungkan label syarikatnya yang dikenali sebagai Hybe Entertainment. Mereka mendapat keuntungan besar walaupun mengadakan sedikit konsert semasa wabak coronavirus.

Di Korea Selatan, jika tidak menyempurnakan latihan ketenteraan adalah jenayah yang boleh dihukum penjara dan stigma sosial. Dalam satu kenyataan, ia berkata bahawa apabila setiap individu memulakan album solo, ia adalah masa yang sesuai, dan ahli BTS berbesar hati untuk berkhidmat.

Di dalam kenyataan itu juga mengatakan, ahli kumpulan yang tertua, Jin akan memulakan proses itu sebaik sahaja jadual solonya selesai pada penghujung Oktober. Manakala, ahli kumpulan lain berhasrat untuk menjalankan latihan ketenteraan mereka mengikut rancangan peribadi mereka sendiri.

Kebanyakan peminat BTS yang dikenali sebagai Army sedih dengan berita yang mengejutkan itu. Mereka mengatakan bangga dengan keputusan yang dilakukan oleh BTS dan berjanji untuk menunggu BTS sampai habis latihan ketenteraan pada tahun 2025.

Tambahan lagi, ada juga peminat mengatakan dua tahun untuk latihan ketenteraan itu hanyalah sekejap sahaja dan mereka tetap menunggu kumpulan tersebut untuk kembali daripada latihan ketenteraan.

“Satu perkara yang saya akan sentiasa kagumi tentang BTS ialah kejujuran dan ketelusan mereka. Majlis Makan Malam Festa, ucapan mereka di Busan, semua ini benar-benar menyediakan kami untuk saat ini, di mana kami mudah keliru dan sedih, tetapi sekarang setelah kami dimaklumkan, kami memahami dan lebih bersemangat untuk menyokong mereka,” ujar army di laman Twitter.

Menteri pertahanan Seoul menyatakan pada bulan Ogos bahawa BTS boleh meneruskan persembahan dan persediaan untuk konsert antarabangsa semasa berkhidmat dalam tentera.

Septet mengumumkan pada bulan Jun bahawa mereka akan berehat sebagai satu kumpulan untuk meneruskan projek solo.