Tuah video lama yang kembali viral sebagai meme, Benjamin berkata kumpulan pembawa keranda miliknya kini menerima permintaan yang tinggi sehingga mendapat permintaan dari luar negara.

Itu adalah antara perkongsian pengasas Nana Otafrija Pallbearing & Waiting Services, Benjamin Aidoo yang dijemput stesen televisyen TV3 Ghana untuk satu segmen temubual bersama pengacara Giovani Elolo Caleb. Anda boleh melihat temu bual penuh Giovani dan Benjamin pada video di bawah.

Giovani berkata kumpulan milik Benjamin ini kini boleh dianggap sebagai ‘selebriti’ yang menharumkan nama Ghana di seluruh dunia. Bagi Giovani, video berkenaan sedikit sebanyak menghiburkan semua orang di kala dunia dilanda pandemik COVID-19.

Menurut Benjamin dalam temu bual tersebut, syarikatnya menerima undangan untuk majlis pengebumian sekitar 5-6 majlis seminggu. Namun, angka berkenaan kini meningkat selepas mereka terkenal.

“Ya permintaan kami meningkat dan kami cuba untuk penuhkan semua undangan. Sebenarnya menari di majlis kematian itu adalah optional dan kami mengikut permintaan keluarga si mati. Jika mahu upacara yang normal, kami tidak menari. Jika mahu menari, kami akan menari,” kata Benjamin.

Harga untuk setiap undangan

Apabila ditanya sama ada cas perkhidmatan mereka meningkat selepas mereka viral, Benjamin berkata rate mereka tetap sama tetapi harga akan berubah sekiranya ada permintaan tambahan seperti jenis kostum yang perlu dipakai, jenis tarian dan banyak lagi.

“Setiap pengebumian kami, ada black and white dan kami terima bayaran setakat yang dipersetujui sahaja. Harga kami adalah 1,500 Ghana Cedi (~RM1,157.20) sehingga yang tertinggi adalah 2,500 Ghana Cedi (~RM1,928.66) . Tetapi disebabkan kami turut menerima permintaan dari luar negara, harganya akan berbeza dan kami akan charge klien luar negara dalam Dolar Amerika Syarikat,” tambah Benjamin sambil tersenyum.

Benjamin turut berkongsi kisah paling tidak dapat dilupakan sepanjang menjadi pembawa keranda apabila ditanya oleh Giovani. Untuk setiap undangan, mereka tidak mengetahui keadaan fizikal si mati.

Ada dalam satu undangan, mayat yang perlu angkat adalah 3 kali ganda saiz Giovani dan ia memang tugasan yang sangat berat. Tetapi mereka tetap teruskan tanpa mengeluh kerana mereka tidak charge berdasarkan berat dan bila sudah dibayar, itulah tugasan yang perlu diselesaikan.

Benjamin juga tidak terlepas daripada khabar angin mengatakan mereka boleh bercakap dengan mayat dan banyak lagi. Benjamin menerangkan ia cuma kepercayaan karut dan mereka datang ke sesuatu majlis untuk angkat mayat dan memberi penghormatan sahaja.

Video keranda jatuh ketika menari

https://youtu.be/4oY5OVp5VAg

Benjamin turut menjawab kes sebuah video di mana keranda yang dibawa terjatuh ketika ‘persembahan’. Benjamin berkata itu bukan syarikatnya dan disebabkan beliau merupakan pelopor kepada trend itu di Ghana, ramai syarikat lain yang cuba meniru tetapi tidak membuat persiapan yang betul.

“Individu dalam video berkenaan bukan kami tetapi syarikat pesaing. Perkara seperti itu adalah sesuatu yang kami mahu elak dan disebabkan itu setiap tarian akan ada rehearsal dan persiapan terperinci,” kata Benjamin.

Apabila ditanya oleh Giovani sama ada mereka menolak kerja individu yang mati kerana COVID-19, mereka tidak menolak permintaan tersebut tetapi akan mengenakan bayaran dua kali ganda berbanding harga normal. Mereka terpaksa mengenakan harga tinggi kerana tugasan berkenaan adalah lebih berisiko tinggi.

Berdasarkan komen di Facebook TV3 Ghana, rakyat Ghana berterima kasih kepada Benjamin dan kumpulannya kerana mengharumkan nama Ghana di mata dunia. Walaupun tular sebagai meme, mereka tetap dianggap ‘penghibur’negara.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Untuk sejarah lanjut kumpulan ini, anda boleh baca pada pautan di bawah.

Ini Kisah Di Sebalik Tarian Kematian Di Ghana Yang Kini Tular Sebagai ‘Meme’

Anak Perempuan El Chapo Dan Kartel Dadah Mexico Turun Padang Bantu Penduduk Terjejas Akibat COVID-19

Presiden Brazil Pecat Menteri Kesihatan Kerana Menjalankan Perintah ‘Lockdown’