Walaupun lagu mereka masih lagi diputarkan di radio-radio dan menjadi siulan namun tidak dapat dinafikan kumpulan nasyid tidaklah sepopular penyanyi genre-genre lain di negara kita.

Bagaiamanapun, itu tidaklah bermakna mereka ini harus menerima layanan yang kurang berbanding penghibur dan penyanyi lain yang lebih popular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang berlaku kepada kumpulan Rabbani ini apabila salah seorang anggota mereka baru-baru ini berkongsi hanya ditawarkan daging korban sebagai upah persembahan yang akan dilakukan mereka pada sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

rabbani1
Kumpulan Rabbani

Perkara itu dikongsikan sendiri Mohd Asri Ubaidullah di akaun Facebook-nya selepas dikatakan menerima tawaran sedemikian rupa baru-baru ini daripada salah satu penganjur yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Jemputan itu jelasnya bukan saja melibatkan kumpulan Rabbani tetapi turut diberikan kepada kumpulan-kumpulan nasyid terkenal dalam negara.

“Maka tanpa perlu ambil masa panjang dan pantun bagai, penganjur tadi dengan penuh keyakinan nan padu menyebut upah untuk persembahan ini mereka hanya berikan setiap orang daging korban sahaja

“Terus tak mampu nak kata apa, jantung bagai berhenti sekejap nasib cek degup nadi masih ada, dan tekanan darah masih normal tidak memuncak ke atap,” kongsinya.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas sama ada menolak atau menerima jemputan tersebut, namun beliau dilihat mempersoalkan tindakan penganjur tersebut.

Jelasnya, pihak mereka masih perlu mengeluarkan belanja seperti minyak kenderaan untuk hadir ke majlis tersebut.

“Sedang berkira-kira juga nak mencari stesen minyak mana yang boleh menerima daging korban tersebut untuk digantikan dengan minyak kenderaan.

“Dan untuk sahabat-sahabat munsyid yang jauh dan sakit tapi perlu memenuhi undangan ini dapat menggantikan daging korban ini dengan tiket bas dan juga ubat untuk memenuhi hak penganjur seperti ini,” jelasnya lagi.

Sudah selesai

Mohd Asri dalam satu hantaran susulan mengenai perkara tersebut di Facebooknya bagaimanapun memberitahu perkara itu telah ‘selesai dengan baik dan penuh kasih sayang’.

Jelasnya hantaran terdahulu yang dibuatnya itu bukanlah untuk merendahkan sesiapa yang bekerja bersama mereka kerana mereka ini juga merupakan antara asbab rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.

“Namun nak mengingatkan bahawa ‘peristiwa’ semalam selalu dihadapi bagi kami lebih-lebih lagi para ustaz dan daie yang lain.

“Kadang-kadang ada diantara mereka mengangkat status di dinding (Facebook) ini bukan hendak meraih simpati tapi sekadar ingatan bahawa semua yang mereka jemput berurusan ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

“Tidak untuk diri sendiri sahaja tapi juga sebahagiannya ada tanggungan besar seperti keluarga, kakitangan dan lain-lainnya,” jelasnya.

Walaupun nasyid tidaklah sepopular seperti suatu ketika dahulu namun ia masih lagi mendapat tempat dalam kalangan pendengar dan juga penyanyi baru seperti Alif Satar. Baca perkongsian kami mengenainya di pautan di bawah.

Dengarkan Single Baharu Alif Satar Dan Raihan ‘Damba CintaMu’

Dengarkan ‘Sesungguhnya2019’ Alif Satar Dan Raihan Versi Live Di JAMMING HOT