Bagi anda yang pertama kali mendengar nama kumpulan ini, Rage Against the Machine atau RATM adalah kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang dibentuk pada tahun 1991.

Kumpulan ini terdiri daripada Zack de la Rocha, Tim Commerford, Tom Morello dan Brad Wilk. Lagu-lagu yang diterbitkan oleh RATM sering berkisar mengenai sudut pandang mereka mengenai politik.

Apabila isu Palestin dan Israel menjadi panas beberapa hari ini, RATM juga tidak terlepas daripada memberi pandangan mereka mengenai peperangan yang melanda dua negara yang bergolak ini.

Dengan menggunakan media sosial, RATM menulis mesej ringkas kepada 5.2 juta pengikut mereka di Facebook sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang teruk di bedil oleh peluru berpandu Israel.

“Keganasan dan kekejaman yang kita saksikan di Sheikh Jarrah, perkarangan Al Aqsa dan Gaza adalah kesinambungan selama beberapa dekad dari pemerintahan apartheid Israel yang brutal dan pendudukan [ke atas] Palestin yang ganas.

“Kami berdiri bersama rakyat Palestin ketika mereka menentang keganasan penjajahan ini dalam semua bentuk,” kata RATM di laman Facebook mereka hari ini.

Catatan ringkas berserta gambar seorang lelaki memegang bendera Palestin di Facebook RATM telah mendapat reaksi yang pelbagai. Ia juga telah mengundang 6,000 komen dan 5,000 lebih perkongsian.

Namun apa yang ralat mengenai catatan terbabit adalah sebahagian daripada peminat RATM tidak menyokong kumpulan rock kesayangan mereka berpihak kepada Palestin.

Screenshot 2021-05-12 at 3.45.05 PM

Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa mangsa yang sebenar dalam isu pergolakan dua negara ini adalah Israel dan Palestin adalah negara yang memulakan kacau ganggu.

“Anda berada di pihak yang salah. Orang Israel mahukan kedamaian, dan dikelilingi oleh pengganas,” kata seorang netizen.

“Anda salah. Dan jangan membaca sejarah terlalu banyak. Teruskan sahaja dengan muzik. Anda lebih relevan dengan itu,” kata netizen yang lain di ruangan komen.

“Palestin menembak Israel sebanyak tiga kali sebelum Israel datang mempertahankan diri. Teruskan bermain muzik dan diam,” kata netizen.

Screenshot 2021-05-12 at 3.46.59 PM

Untuk rekod, RATM terkenal dengan pandangan politik anti-autoritarian dan revolusioner. Kebanyakan lagu kumpulan ini difokuskan untuk menyuarakan pandangan politik kiri mereka.

Terdahulu, tentera Palestin telah menembak 130 peluru berpandu ke Tel Aviv setelah serangan udara Israel memusnahkan blok menara di Semenanjung Gaza.

Hamas melancarkan roket setelah Israel menghancurkan Menara Hanadi di Gaza, yang merupakan pejabat pemimpin politik Hamas.

Dalam serangan peluru berpandu Hamas, seorang wanita berusia 50 tahun terbunuh di Rishon LeZion, dekat Tel Aviv, Israel.

Hujan peluru dari Gaza belum berhenti, Israel mula dilanda perang saudara pula. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel

6 Sebab Mengapa Israel Takut Pada Briged Al Qassam