Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

4 orang wanita yang bergabung dibawah satu kumpulan, dikenali sebagai NAMA telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya di Asia’s Got Talent 2019. NAMA dianggotai oleh Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida.

Pada sesi ujibakat tersebut, mereka berjaya menawan hati Anggun, Jay Park dan penonton, namun tidak bagi David Foster. Menurut David, mereka telah berjaya memberikan persembahan yang menghiburkan tetapi belum cukup baik bagi dirinya. Tambahnya lagi, mereka boleh mendapatkan ‘yes’ jika mereka boleh memperbaiki prestasi ke tahap yang lebih baik.

Walau bagaimana pun, Anggun memberikan komen positif kepada mereka dengan mengatakan dia tidak pernah melihat persembahan yang disampaikan oleh sekumpulan wanita berhijab dan berani membuktikan bakat tidak boleh dinilai dari paras rupa. Jay Park turut memberikan komen positif yang menyamakan NAMA dengan The Supreme moden.

Anda Mungkin Suka