Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila tular isu melibatkan pakar saham popular negara iaitu Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) berusia 47 tahun yang berkahwin dengan pasangannya berusia 25 tahun.

Isu menjadi lebih hangat apabila isteri pertama DDNK  mengucapkan tahniah kepada suaminya serta mempertikaikan soal perkahwinan yang berlangsung di Thailand tanpa pengesahan beliau yang masih belum menerima sijil cerai dari pejabat agama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di sebalik kritikan dan buah mulut netizen melibatkan pasangan pakar saham yang berkongsi kisah cinta dan tema perkahwinan, bekas isteri DDNK baru-baru ini telah memuat naik sebuah perkongsian di Facebook Atielia De Sams dengan memaklumkan tindakannya yang berdiam diri serta memilih untuk menceritakannya di mahkamah kelak.

Perkongsian yang dibuat nyata mendapat sokongan di kalangan netizen yang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan. Malah, terdapat netizen yang turut mengigatkan untuk memperjuangkan isu harta sepencarian, hadhanah dan nafkah anak.

Sumber: Facebook Atielia De Sams
Sumber: Facebook Atielia De Sams

Atielia juga turut berkongsi di Facebook sekitar beberapa jam lalu memaklumkan prosiding kes hadhanah telah selesai berlangsung pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Beliau juga turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah dalam memudahkan urusan serta berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan beliau.

Sementara itu, isteri DDNK, Nor Ernie Rossmeris pada hari ini sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila tular sebuah video daripada Instagram Caprice yang memperlihatkan beliau menghempaskan bantal dalam temu bual tersebut selepas dilabel sebagai perampas dan pisau cukur.

DDNK juga turut memohon kepada orang ramai agar berhenti mengecam isteri beliau serta orang ramai mampu doakan agar perkahwinan yang dibina mampu bahagia dan berkekalan.