Nama Azwan Omar kini menjadi satu trending di seluruh media sosial sejurus pemuda berusia 29 itu mencuri tumpuan ramai selepas beliau keluar membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Gelaran ‘Abang Viva Viral’ diberikan oleh orang ramai selepas beliau sentiasa kelihatan bersama-sama sebuah Perodua Viva dan bot pelampung di atas keretanya yang digunakan semasa ‘operasi menyelamat’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru beliau telah membuka akaun rasmi TikTok seperti yang diminta oleh peminat-peminatnya dari seluruh Malaysia. Setakat artikel ini ditulis, beliau berjaya meraih lebih 130,000 pengikut dalam masa yang singkat sahaja.

@abangvivaofficial

ontheway hantar bantuan dari duit sumbangan rakyat malaysia..tq rakyat malaysia…#abgvivaofficial #abgvivaviral #rakyatmalaysia

♬ original sound – abangvivaofficial – abangvivaofficial

@abangvivaofficial

#abangvivaofficial atar1.8 allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua sy telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Rata-rata ramai pengguna TikTok lain memuji serta mendoakan kesejahteraan kepadanya kerana beliau telah banyak berkorban sejak hari pertama bencana banjir melanda di kawasan Puchong serta Shah Alam.

Tambah orang ramai lagi, mereka meminta beliau untuk berhati-hati dengan akaun-akaun palsu yang akan mengambil kesempatan popularitinya ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi akaun palsu yang menyalah gunakan nama ‘Abang Viva Viral’ untuk meminta bantuan kewangan.

Sumber Gambar: TikTok @abangvivaofficial
Sumber Gambar: TikTok @abangvivaofficial
Sumber Gambar: TikTok @abangvivaofficial

Terbaharu, ‘Abang Viva Viral’ telah memuat satu video di mana beliau telah menerima sijil penghargaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH daripada Jabatan Pertahanan Awam bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pemuda berusia 29 tahun ini.

Azwan Omar mula dikenali ramai setelah kisahnya membantu mangsa-mangsa banjir dengan duit di dalam poketnya hanya ada RM50 sahaja tular dan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Baca lagi kisah-kisah ‘Abang Viva Viral’ yang pernah kami kongsikan melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Teruja Dapat Naik Satu Bot Dengan ‘Abang Viva Viral’ Semasa Beri Bantuan Banjir

Ambil Kesempatan Guna Namanya, ‘Abang Viva Viral’ Nafi Kutip Dana Jalankan Misi Menyelamat

Sumber