Kereta Ford Mustang merupakan salah satu kereta mewah yang cukup diminati di Malaysia. Lebih-lebih lagi model Mustang 2.3 EcoBoost kerana ia menjadi salah satu ‘lambang kejayaan’ buat pemilik perniagaan, trader forex dan founder produk kosmetik sekiranya memiliki kereta ini.

Baru-baru ini Ford Eropah telah mengesahkan kepada seluruh dunia automotif di mana mereka telah menghentikan penjualan Mustang varian 2.3 EcoBoost pada Disember tahun lalu.

“Ford menghentikan penjualan Mustang 2.3 EcoBoost di seluruh Eropah pada akhir tahun lalu,” jelas jurucakap Ford Eropah.

Mustang 2018
Sumber Gambar: Ford Europe

Menurut Carscoops, mereka telah bertanya kepada pihak ketiga terdekat dengan Ford Motor Company adakah pasaran Amerika Syarikat turut menerima nasib yang sama.

“Saya tidak dapat mengulas produk masa depan, tetapi kami baru sahaja melancarkan barisan Mustang model tahun 2021.

“Dan penawaran model EcoBoost tetap tidak berubah dari tahun sebelumnya kerana ia terus menjadi bahagian penting dalam barisan kereta kuda kami yang disukai pelanggan,” terang pihak ketiga kepada Carscoops.

vocket-ford-henti-jualan-ford-mustang-1
Sumber Gambar: Carlist.my

Difahamkan penjualan model Mustang 2.3 EcoBoost telah ditamatkan kerana permintaan yang sangat rendah untuk model tersebut. Sebanyak 15% sahaja model itu terjual daripada keseluruhan jualan Mustang sejak memasuki pasaran di United Kingdom pada tahun 2015 lalu.

Rata-rata penduduk Eropah menjadikan model Mustang V8 pilihan mereka dan model 2.3 Ecoboost yang merupakan model ‘entry level’ bagi Mustang kurang digemari di sana.

Seorang lelaki telah menyewa sebuah Ford Mustang untuk membuat kejutan kepada isterinya setelah hampir 7 bulan terpisah akibat pandemik.

7 Bulan Terpisah, Suami Sanggup Sewa Ford Mustang Demi Buat Kejutan Untuk Isteri Curi Perhatian Netizen

‘Jangan Lupa Saya Kalau Saya Tak Ada Dalam Syurga’ – Firdaus Wong Sebak Terima Ford Ranger ‘Off-Road’

‘Kos Tersembunyi’ Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Memiliki Ford Mustang