Kos penginapan di Jepun antara perkara yang menjadi cabaran buat pengembara bajet kerana harganya yang mahal bagi 1 malam. Jadi, jika ada alternatif lain untuk menghabiskan sisa waktu malam, pastinya pengembara bajet menyukainya.

Net Maru yang asalnya sebuah kafe internet telah menjadi pilihan pengembara ketika melawat Tokyo dan Osaka. Ia sesuai dijadikan tempat penginapan memandangkan ia menyediakan pelbagai fasiliti asas.

Kelebihan Net Maru:

1. Persekitaran yang bersih.

2. Ada fasiliti bilik mandi.

3. Menyediakan complimentary sabun dan syampu.

4. Ada aras untuk wanita sahaja.

5. Bilik dobi layan diri (termasuk dryer).

6. Bilik merokok.

7. Mikrowave dan water dispenser.

8. Setiap bilik ada WiFi percuma dan komputer.

9. Kad akses bercirikan keselamatan yang baik.

Kekurangan Net Maru:

1. Ruang kecil yang tak sesuai untuk mereka yang fobia dengan tempat kecil.
2. Had umur tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah. Jadi, tak sesuai untuk famili.
3. Tiada makanan disediakan. Hanya vending machine.
4. Caj RM3.81 untuk mandi 10 minit.
5. Tuala bawa sendiri atau sewa tuala dengan harga RM15.24.

Jenis-Jenis Bilik



Pastinya harga yang menjadi daya tarikan buat pengembara apabila bilik di Net Maru ini boleh ditempah untuk 12 jam dengan kos 1,990 yen (RM75.81) dan 1 minggu dengan kos 19,990 yen (RM761.53).