Sebut sahaja Blackpink, pasti ramai yang mengenali kumpulan idol daripada Korea Selatan ini. Terkenal dengan lagu DDU-DU DDU-DU, Blackpink tampil dengan lagu baru Ice Cream bersama Selena Gomez membuat ramai peminat teruja.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila Tarbiah Sentap telah cover lagu Ice Cream versi dakwah. Difahamkan, pihak Tarbiah Sentap mengambil inisiatif ini untuk cover lagu yang mengandungi unsur-unsur lucah dan mengubahnya menjadi versi dakwah.

https://youtu.be/a_c1zPMMs2I

Lantaran itu, cover lagu tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan tidak sesuai untuk buat lagu nasyid seperti ini. Malah, ada juga yang merasakan lagu Ice Cream versi dakwah ini cringe.

Akan tetapi, ada juga yang ‘menyukai’Β cover lagu tersebut dan memuji usaha yang dilakukan oleh Tarbiah Sentap.

https://twitter.com/spacewitchalex/status/1318138993616187393

Apakah pendapat anda akan cover lagu Ice Cream versi dakwah ini? Adakah anda menyukainya atau sebaliknya?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan Blackpink pada pautan di bawah ini.

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea

Jennie Blackpink Tolak Permintaan Swafoto Peminat Yang Gunakan iPhone

Gagal SPM Bukan Penghalang Individu Ini Jadi Penterjemah Blackpink Dan Artis Korea Lain