Teraju utama filem Black Panther, Chadwick Boseman dilaporkan tidak berada dalam keadaan terbaik apabila perlu dikejarkan ke hospital Santa Monica, Los Angeles minggu lalu. Gambar Chadwick duduk di atas kerusi roda ditularkan sejak Khamis yang lalu ditemai oleh tunangnya, Taylor Simone.

https://twitter.com/BrasilChadwickB/status/1274478172529180674

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya kondisi Chadwick yang ‘terlalu kurus’ sudah berlarutan sejak April yang lalu. Ada paparazzi yang merakam gambar Chadwick berjalan kaki dengan bantuan tongkat menguatkan khabar angin Chadwick sedang mengalami masalah kesihatan.

Chadwick dilaporkan turun berat badan sebanyak 23kg selepas kali terakhir muncul di khayalak ramai. Namun, Chadwick tidak pernah sekali bercakap perihal kesihatannya walau ditanya di ruangan komen akaun Instagram dan Twitter miliknya.

Ada yang berpendapat tujuan beliau jadi kurus adalah untuk filem lakonannya yang akan datang. Seperti yang diterangkan oleh akaun Looper di YouTube, kemungkinan besar Chadwick sedang menjalani persediaan untuk method acting watak terbarunya, sama seperti apa yang dibuat oleh Joaquin Phoenix untuk watak Joker.

Peminat berharap Chadwick dapat kembali sihat seperti sediakala. Filem Black Panther 2 yang dijangka keluar tahun 2022 kemungkinan besar turut akan ditunda kerana pandemik COVID-19 yang sedang melanda teruk Amerika Syarikat pasti menjejaskan jadual penggambaran mana-mana filem akan datang oleh Marvel.

Dalam perkembangan dunia Marvel yang lain, barisan Avengers baharu mungkin akan diperkenalkan dalam filem Captain Marvel 2. Klik pada pautan di bawah.

Barisan Avengers Baharu Mungkin Diperkenalkan Dalam Captain Marvel 2

Marvel Studios Secara Mengejut Kongsi Trailer ‘Teaser’ Khas Black Widow

Dapatkah Peminat Terima ‘Method Acting’ Dalam Filem Tempatan?

Sumber