Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu betul? Rasanya inilah pepatah yang sesuai dalam situasi saudari Izzati Suza. Sekadar mencuba nasib dengan lakaran sewaktu Vans Workshop di Melaka, kasut kustom rekaan Izzati kini mendapat lebih 38 ribu undian!

House Of Vans Asia menganjurkan satu pertandingan ‘Custom Culture’ di mana anda boleh melukis corak pada template kasut mengikut kreativiti anda dan pemenang pertandingan ini bakal memenangi wang tunai bernilai USD2,000 serta kasut yang direka akan dihasilkan oleh Vans!

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Sebelum boleh ke peringkat seterusnya, setiap rekaan memerlukan undian untuk berada dalam karya 10 terbaik. Jadi saudari Izzati Suza menggunakan laman Facebook untuk membantu menaikkan undian rekaan kasut Vans beliau. Menurut Izzati, pada awalnya beliau cuma mahu ‘lawan’ undian kutipan tertinggi (6,029 undian) tetapi tidak menyangka posting Facebook-nya mendapat perhatian rakyat Facebook. Posting beliau mendapat lebih 8,000 perkongsian dan hasilnya, rekaan kasut Vans Izzati kini sudah mencecah lebih 38 ribu undian!

Izzati Suza 1

izzati vans

“Tema rekaan kasut saya ini adalah ‘NegaraKu’. Jadi lukisan watak pada kasut Vans ini adalah intrepretasi saya tentang Malaysia. Sebab itu anda akan nampak pelbagai karakter. Semuanya dilukis mengikut olahan saya. Kalau anda tengok dengan teliti, boleh nampak lelaki bertanjak dan watak kartun terkenal pun ada! Cuba teka siapa?” kata Izzati.

Izzati vans shoes

Izzati artwork

Lakaran setiap karakter dilukis kembali oleh Izzati

Harapan Izzati ketika ini adalah supaya beliau dapat ke peringkat seterusnya di mana di peringkat ini, Izzati akan menghasilkan rekaan kasut baharu bersama seorang mentor, Fritilldea. Jadi jika anda belum membuat undian lagi, silalah tekan di sini untuk mengundi dan mencerahkan lagi peluang Izzati untuk ke peringkat seterusnya.

Kalau dah tema NegaraKu, memang kena kasi support untuk rekaan ini. Undian akan berakhir 1 Ogos nanti dan dengan jumlah undian sekarang ini, macam sudah cerah peluang Izzati untuk ke peringkat seterusnya. Mesti pihak Vans sangat terkejut ketika ini dan ingat Izzati guna bots untuk mengundi. Tetapi salah, rakyat Malaysia telah membantu Izzati. Ayuh 1 Malaysia, beri undian anda untuk Izzati. All the best to you Izzati!

Anda Mungkin Suka